"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Lompat Parti…Rakan Pakatan perlu contohi PAS

Lompat Parti…Rakan Pakatan perlu contohi PAS

"Kemelut lompat parti agak reda sedikit. Mengikut apa yang diperkatan oleh Ketua BBC Perak YB Khalil Idham Lim (Harakah Bil 1416) bahawa ketiga-tiga Adun lompat sekarang berada dalam keadaan tertekan. Walaupun mereka mendapat wang yang berjuta-juta. Tapi maruah mereka telah hilang di mata rakyat. Bahkan bagi Adun yang beragama Islam, mereka menanggung kemurkaan Allah SWT atas sebab mengkhianati amanah rakyat.

Ini semua kehinaan yang ditanggung atas dunia. Mungkin dengan sebab ini, Adun dan ahli Parlimen PR lebih rela letak jawatan dari lompat parti. itupun kalaulah Yang Berhormat daripada PR mendapat ugutan dari BN.

PAS sebagai sebuah gerakan Islam yang diasaskan semenjak tahun 1951 telah mempunyai pengalaman berdepan dengan Adun yang mengkhianati parti. Lompat parti inilah yang menyebabkan kerajaan PAS Terengganu dijatuhkan pada tahun 1961.

Ekoran daripada itu, PAS sentiasa meletakkan syarat yang ketat untuk menjadi calon. Antaranya seseorang calon itu hendaklah mempunyai akhlak Islam yang jitu, tidak melakukan dosa besar dan tidak berterusan dengan dosa kecil. Selepas lulus tapisan yang pertama ini di peringkat Majlis Syura Ulamak. Barulah seseorang calon itu ditapis mengikut kesesuaian politik di kawasan masing-masing.

Ini bermakna akhlak seorang calon di jadikan asas utama. Bukannya kehebatannya berpolitik semata-mata. Kalau seorang ahli politik yang handal tetapi korup akhlaknya akan menyebabkan berlakunya gejala yang tidak sihat seperti lompat parti dan seangkatan dengannya.

Menjadi calon Pembangkang besar cabaran dan dugaannya. Calon pembangkang bukan sekadar letih ketika pilihanraya semata-mata. Bukan sekadar peribadi diteropong ketika pilihanraya. Bahkan apabila seseorang calon menyatakan persetujuan untuk bertanding, ketika itulah, musuh-musuh datang mengintip segala tindak tanduk dan tingkah laku. Apatah lagi jika kawasan yang ditandingi itu menang.

Semenjak dulu lagi, Adun Pembangkang bukan sahaja dinafikan peruntukan tahunan Adun. Bahkan diperlakukan oleh kerajaan BN seperti bukan seorang Adun. Contohnya apa yang dilaporkan oleh Adun PAS di Pahang yang telah dinafikan hak untuk menghadiri program rasmi kerajaan di kawasan beliau sendiri.

Kini, apabila BN menghadapi zaman gelapnya. Tekanan semakin bertambah. BN telah menggunakan politik Gengster (menurut Mursyidul Am PAS) dengan menggunakan teknik ugut, culik dan beli.

Alhamdulillah dalam segala isu yang berlaku. Tidak kedengaran pula terdapat Adun dan Ahli Parlimen PAS lompat parti atau diugut. PAS pernah menempa sejarah gemilang apabila kesemua Adun PAS di Kelantan berjaya dalam mempertahankan prinsip perjuangan. Ketika itu (2004-2008), Kerajaan PAS hanya memerintah dengan majoriti 1 kerusi. Ketika itu, terdapat Adun-adun PAS cuba ditawarkan untuk khianat kepada PAS dengan harga RM 5 juta (5,000,000.00). alhamdulillah, hasil tarbiyyah dan keteguhan perjuangan. Tawaran tersebut ditolak mentah-mentah.

Inilah keberkesanan daripada prinsip perjuangan yang jelas dan kriteria calon yang ketat berdasarkan kepada pandangan Islam. Dalam isu ini, penulis tidak berniat untuk memperlekehkan rakan-rakan dalam PR. Cuma rakan Pakatan perlu mengambil contoh daripada keteguhan Yang berhormat dari galangan PAS. kemungkinan rakan Pakatan perlu mengambil contoh bagaimana cara PAS meluluskan seseorang calon untuk bertanding.

Apapun penulis turut bersimpati dengan apa yang berlaku kepada Adun Bukit Lanjan yang telah diaibkan dengan begitu rupa. Penulis cukup memuji tindakan beliau untuk meletak jawatan supaya parti dan PR tidak terjejas daripada isu ini. Letak jawatan lebih bermaruah daripada lompat parti.

http://attakiri.blogspot.com/     

Tiada ulasan: