"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

MB perlu nafikan Tan Aminudin masih nikmati kemudahan TMB

Basiron Abdul Wahab 
TEMERLOH, 24 Feb (Hrkh)
 - Kerajaan negeri Pahang diminta menafikan maklumat bekas Timbalan Menteri besar Pahang, Dato� Tan Aminuddin Ishak masih mengunakan kemudahan sebagai Timbalan Menteri Besar termasuk mendiami rumah rasmi Timbalan Menteri Besar.

Tan adalah bekas Timbalan kepada Menteri Besar Dato� Seri Adnan Yaakob, namun selepas Umno�BN mendapat mandat baru pilihan raya umum march 2008 lalu, Tan tidak dilantik semula sebagai timbalanya dan jawatan itu belum diisi sehingga hari ini.

Menurut sumber, meskipun jawatan Timbalan Menteri Besar itu kosong, namun Tan masih dianggap sebagai Timbalan dan bertindak sebagai wakil kepada Menteri Besar malah kepada rakyat khususnya ahli Umno di Cenor, Tan masih Timbalan Menteri Besar Pahang walaupun hakikatnya jawatan itu telah dimansuhkan Adnan.

Setiausaha Badan Perhubungan PAS Pahang, Roslan Zainal ketika diminta mengulas isu berkenaan berkata, kerajaan negeri perlu manafikan spekulasi kononya bekas Timbalan Menteri Besar itu masih mendiami rumah rasmi Timbalan Menteri Besar dan menggunakan segala kemudahan sebagai Timbalan Menteri Besar.

Katanya, jika dakwaaan itu benar, Tan harus mengosongkan rumah berkenaan kerana beliau bukan lagi Timbalan Menteri Besar. Ini akan memberi laluan kepada Timbalan Menteri Besar baru menduduki rumah berkenaan.

Difahamkan hubungan Adnan�Tan tidak begitu mesra, bagaimanapun Adnan didakwa tidak berani untuk meminta Tan mengosongkan rumah berkenaan kerana Adnan �malu alah� dengan Tan. Itulah sebabnya Adnan tidak melantik timbalanya yang baru. Justeru, jawatan Timbalan Menteri Besar dibiarkan kosong sehingga kehari ini.

"Jika dakwaan ini benar, eloklah kerajaan negeri menafikanya atau Tan sendiri menafikanya," katanya.

Sementera itu, desas desus mengenai Pahang akan mendapat Menteri Besar selepas perhimpunan Umno Mac depan sudah mula kedengaran.

Adnan didakwa akan diminta mengosongkan kerusi Menteri Besar bagi memberi laluan kepada perlantikan Menteri Besar baru bagi menyegarkan Umno-BN Pahang.

Ini kerana Adnan sudah terlalu lama menjawat jawatan berkenaan tanpa membawa perubahan besar terhadap negeri Pahang malah menambah senarai kegagalan bagi kerajaan negeri.

Antaranya termasuklah kegagalan Adnan meningkatkan hasil negeri, defisit bajet semakin meningkat, penjualan aset-aset negeri seperti kilang simen, tanah milik Umno kepada bukan bumiputera, kerajaan negeri hampir muflis, kegagalan kerajaan disaman Seruan Gemilang Makmur dan Agro Bank yang membabitkan pampasan berjumlah RM60 juta dan Agro menyita harta kelab golf milik anak syarikat kerajaan negeri dan sebagainya.

Renteten kegagalan Adnan itu dikatakan memungkinkanya terpaksa meninggal kerusi panas Menteri Besar sebaik pentadbiran Najib mengambil alih Putrajaya.

Tiada ulasan: