"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Isu RPK: Pegawai istana S'gor enggan ulas


 
 
 
 
 
 Jimadie Shah Othman 
Seorang pegawai kanan kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah enggan mengulas mengenai dakwaan berlaku "perselisihan faham" antara Istanaraja petra kamaruddin Selangor dengan penulis blog terkenal Raja Petra Kamaruddin.

"Itu saya tidak boleh nak komen sebab setakat ini tidak ada apa-apa (kenyataan) daripada istana. 

"Saya tidak boleh komen perkara itu," kata Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani Lela Bakti.

Beliau diminta mengulas dakwaan Raja Petra yang memilih "hidup dalam buangan" di luar negeri itu kerana berselih faham dengan Sultan Selangor ekoran kritikannya terhadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah. 

selangor royal palace official pc on sultan sharafuddin health 290409 01Mohamad Munir (kiri) ditemui sewaktu sidang media di Bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) Selangor di Shah Alam pagi ini. 

Sebelum itu, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ramli Mahmud (kanan) memberitahu sidang akhbar itumengenai 
keberangkatan Sultan Selangor ke Amerika untuk menjalani pembedahan jantung.
ja Petra tidak hadir di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya minggu lalu untuk menghadapi pertuduhan menghasut.

Pada 2 Mac lalu, Raja Petra menulis surat terbuka kepada Menteri Besar Pakatan Perak, Mohd Nizar Jamaluddin, mengulas mengenai krisis perlembagaan di negeri itu.

 Menulis dalam blognya
 Malaysia Today, Raja Petra juga mendakwa, tindakan beliau telah menimbulkan kemurkaan Sultan Selangor yang memintanya memohon maaf secara terbuka.

Oleh kerana enggan berbuat demikian, dakwa Raja Petra, beliau memilih hidup dalam buangan di luar Selangor sebagai "hukuman kepadanya kerana menyinggung perasaan istana".

Muncul juga khabar angin beliau telah meninggalkan negara ini bersama isterinya. Maklumat ini bagaimanapun tidak dapat disahkan.
-malaysiakini-

Tiada ulasan: