"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Sivakumar: "Biar ADUN BN Syok Sendiri Tanya dan Jawab Sendiri"


Atas prinsip tidak mengiktiraf kerajaan kudeta Umno-Barisan Nasional, Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Perak Pakatan Rakyat tidak menghantar soalan-soalan lisan dan bertulis pada sidang DUN bermula 7 Mei depan.

Menurut Speaker, V. Sivakumar kesemua 28 ADUN Pakatan Rakyat, termasuk beliau, bersepakat mengambil keputusan untuk tidak menghantar sebarang soalan lisan mahupun bertulis.

"Pada kebiasaannya, ADUN-ADUN akan menghantar soalan-soalan lisan dan bertulis di Pejabat Setiausaha Dewan Negeri. Setiap ADUN dibenarkan untuk bertanya 3 soalan lisan dan 5 soalan bertulis. 

"Tetapi, pada persidangan kali ini, kesemua 27 ADUN Pakatan Rakyat (tidak termasuk Speaker) bersepakat mengambil keputusan untuk tidak menghantar soalan-soalan lisan dan bertulis. Ini adalah tanda bantahan terhadap kerajaan BN yang tidak sah," Sivakumar menulis dalam blognya, suaraperak.

Menurut Perintah-perintah Tetap 22 (2), notis berkenaan dengan setiap soalan yang hendak dikemukakan oleh mana-mana ADUN hendaklah diberikan secara bertulis tidak kurang daripada 14 hari daripada hari yang mengkehendaki jawapannya.

Soalan-soalan itu harus diserahkannya kepada Pejabat Setiausaha Dewan dalam waktu pejabat.Soalan-soalan yang dihantar itu akan disemak dan ditelitikan oleh Speaker Dewan Negeri. 

tambah Sivakumar lagi soalan-soalan yang tidak relevan dan bercanggah dengan Perintah-perintah Tetap akan diketepikan oleh Speaker. 

"Soalan-soalan yang terpilih akan dihantar ke jabatan-jabatan kerajaan atau agensi-agensi tertentu untuk mendapatkan jawapan. 

"Selepas menerima jawapan-jawapan itu, Speaker akan senaraikan urutan soalan-soalan menikut budibicaranya. 

"Kemudian soalan-soalan dan jawapan-jawapan itu akan diberikan kepada ahli-ahli Exco  yang berkenaan untuk dibentangkan di Dewan Negeri," jelas beliau lagi mengenai prosedur yang harus dipatuhi setiap ADUN.

ADUN Tronoh itu berkata  oleh kerana Pakatan Rakyat tidak mengiktiraf Menteri Besar Dr Zambry Abdul Kadir dan barisan Exconya proses 'soal dan jawap'  tidak lagi menjadi relevan. 

"ADUN-ADUN Pakatan Rakyat biarkan ADUN-ADUN BN syok sendiri 'dia yang tanya dia yang jawab'. Jelas bahawa Dewan Negeri tidak berfungsi lagi. Penyelesaiannya 'BUBARKAN DUN'," tegas Sivakumar lagi.
-TVantara.com.my-

Tiada ulasan: