"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

14 Orang Lagi Ditahan Malam Ini

Untuk dua malam berturut-turut, polis Brickfields menahan mereka yang berhimpun menyertai nyalaan lilin sebagai tanda sokongan kepada aktivis Wong Chin Huat yang ditahan di bawah Akta Hasutan Rabu lalu.
vigil and arrest in front brickfield polis station 070509  02Dan seperti malam semalam, 14 orang ditahan malam ini kerana didakwa menyertai satu perhimpunan haram.

Mereka adalah sebahagian daripada kira-kira 20 orang yang berhimpun di balai polis berkenaan pada kira-kira jam 8.50 malam ini.

Mereka berarak menuju ke balai tersebut, sambil membawa lilin, dari sebuah restoran makanan segera yang terletak kira-kira 150 meter dari situ.

Sebaik saha tiba di pintu masuk balai tersebut, seorang pegawai polis mendekati mereka dan mengarahkan mereka supaya bersurai. Sebahagian kecil daripada mereka enggan berbuat demikian dan terus memegang lilin.

Pada kira-kira jam 9.25 malam, ketua balik daerah Brickfields, Wan Bari Wan Abdul Khalid keluar dan mengarahkan mereka sebanyak tiga  kali supaya bersurai.

Empat belas daripada mereka - sembilan lelaki dan lima wanita - ditahan selepas enggan bersurai.

Mereka termasuklah exco Angkatan Muda PKR, Ginnie Lim; Ketua Belia KLSCAH, Ng Chong Soon; wartawan The Yi Keong; pekerja parti PKR, Chua Yee Ling dan beberapa orang aktivis pelajar.

Mereka dibawa ke balai polis Brickfields. 
-malaysiakini-

Tiada ulasan: