"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Tiga Penghantar Kek Ditangkap

Hantar kek hari jadi pun boleh menjadi satu kesalahan di Malaysia di bawah pemerintahan Umno-Barisan Nasional.

Ini berlaku apabila polis menahan tiga ahli Solidariti Anak Muda Malaysia untuk soal siasat pagi tadi apabila mereka cuba menghadiah kek sempena ulang tahun ke 31 mendiang Altantuya Shaariibuu ke pejabat Perdana Menteri Najib Razak di Putrajaya.

Mereka yang ditahan ialah Sani Md Shah, Saufi Mihat dan Yasir Sheikh Abdul Rahman dan di bawa ke ibu pejabat polis daerah Putrajaya.

Ketiga-ketiga mereka ditahan ketika cuba memasang kain rentang di pintu masuk kompleks pejabat Jabatan Perdana Menteri yang tertera ucapan "Selamat Hari Jadi Altantuya".

Kek seberat 5 kg yang di bawa untuk dihadiahkan kepada Najib juga turut di rampas pihak polis.

Semalam aktivis SAMM, Badrul Hisham Shahrin atau Chegu Bard berkata kumpulan itu akan menghantar kek hari jadi 

Altantuya sebagai mesej jelas kepada Najib supaya menyaman semua media antarabangsa yang telah mendakwa beliau terbabit dalam pembunuhan kejam wanita Monggolia itu tiga tahun lalu.

Chegu Bard juga dikehendaki hadir ke balai polis yang sama pukul 2 petang ini.

-TVAntara.com.my-

Tiada ulasan: