"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Konspirasi Menyingkirkan Sivakumar : BN menganggap Telah Berjaya

  
BN rancang sidang hanya untuk singkir Sivakumar , dakwa Khalil Idham
Wan Nordin Wan Yaacob 
IPOH, 8 Mei (Hrkh)
 - Sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak yang diadakan semalam tanpa menunggu sebarang keputusan Mahkamah hanyalah helah BN untuk menyingkirkan Speaker Dun yang sah, V.Sivakumar.

Demikian telahan Adun Titi Serong, Drs Khalil Idham Lim Abdullah ketika ditemui di Badanb Perhubungan PAS Perak selepas sidang kontroversi Dun Perak semalam.

BN katanya sengaja beberapa kali melengahkan perjalanan sidang, menafikan hak Sivakumar membuat arahan dan keputusan selaku speaker yang sah.

Malah sidang yang boleh disifatkan sebagai satu lagi usaha rampasan kuasa itu turut menggunakan polis bagi menekan Pakatan Rakyat, ujarnya.

Kata Khalil Ihdam lagi, polis sengaja dibiarkan menceroboh dengan jumlah yang sangat besar sehingga 400 orang semata-mata membantu untuk mengusung Sivakumar keluar dari kerusi Speaker dan menyorokkan Speaker itu di dalam stor tingkat dua.

Dalam pergelutan adun-adun Pakatan Rakyat mempertahankan Sivakumar, ramai yang dikasai polis dan akibatnya ada yang dipijak polis, katanya.

Beliau sendiri bergelut dengan polis menyebabkan ditarik keluar dengan cara yang paling tidakj bertamadun dan menyedihkan, katanya.

"Saya sebut nama Allah, Allah,cukup kuat tekanan ketika itu dan saya dihentam polis, ditolak dan tarik saya keluar, kita tidak mengalah tetapi sampai bila kami nak begelut, inilah kaedah BN dalam menidakkan demokrasi kepada kami,"katanya kesal.

Justeru kata Khalil Idham, secara keseluruhannya sidang pada hari tersebut adalah satu usaha dan bukti, satu hasrat untuk rampasan kuasa kerusi Speaker.

"Tindakan beberapa kali penangguhan itu dirancang untuk S.Ganesan (Wakil MIC bukan Adun) duduk di kerusi Speaker," katanya.

Sehubungan itu Khalil Idham menyifatkan tindakan itu satu perancangan yang dilakukan oleh BN untuksingkair dengan cara yang tidak beretika, ujarnya. 

Tiada ulasan: