"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Mujahid sedia tanding naib presiden

KEPALA BATAS, 4 Mei: AJK PAS Pusat, Dr Mujahid Yusof berkata, beliau sedia bertanding untuk jawatan naib presiden PAS jika ada pencalonan untuknya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan mesyuarat agong PAS kawasan Kepala Batas bagi kali ke 31 yang telah diadakan di Dewan Orang Ramai Bakau Tua, Penaga, Kepala Batas.

Mujahid disebut-sebut sebagai salah seorang calon yang sesuai untuk menggantikan Salahudin Ayub sebagai ketua pemuda PAS.

Menurut Mujahid, beliau sudah lama meninggalkan exco Dewan Pemuda PAS.

Oleh kerana itu agak sukar bagi beliau untuk kembali menerajui kerusi tersebut yang akan dilepaskan oleh ketuanya yang ada.

"Namun begitu sekiranya ada pencalonan bagi saya meneruskan khidmat sebagai naib presiden maka saya akan menerima pencalonan tersebut.
"Tapi itu bergantung kepada pencalonan yang diterima apabila berakhirnya mesyuarat agong kawasan-kawasan tidak lama lagi," katanya.

Tiada ulasan: