"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kerajaan BN Kedah umpama 'rumah buruk' - Manikumar

Mohd Sabri Said 
TASEK GELUGOR, 6 Mei (Hrkh)
 - Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Selambau, S. Manikumar menyifatkan, Kerajaan Barisan Nasional (BN) merupakan kerajaan 'rumah buruk' kerana semua harta yang ada dikebas atau dilarikan setelah menyedari rumah yang ditumpang akan bertukar milik.

Jelasnya, tindakan BN itu menyebabkan Kerajaan Pakatan Rakyat sukar untuk meneruskan usaha meningkatkan kepentingan rakyat.

"Kerajaan 'rumah buruk' BN jelas menyusahkan rakyat kerana isi rumah telah dilarikan sebaik sahaja mengesan rumah yang diduduki tidak selamat dan akan bertukar milik," terangnya ketika berucap di hadapan hadirin dalam program minun teh bersama Kelab Penyokong PAS di Persimpangan Pekan Tasek Gelugor baru-baru ini.

Kini sambungnya, beliau sendiri merasai setelah dilantik menjadi exco apabila mendapat peruntukan yang sedikit ekoran penjimatan Kerajaan Pakatan Rakyat.

Walhal semasa Kerajaan BN dulu setiap Adun tambahan lagi exco mendapat lambakan kewangan untuk membantu rakyat miskin serta melengkapkan infrastruktur rakyat tapi kini ia terpaksa dikurangkan sebab faktor kewangan.

Jelas Manikumar, Kerajaan BN sebelum ini terpaksa buat begitu bagi mengajar rakyat yang telah memberikan sokongan pada Pakatan Rakyat.

"Sebagai sebuah kerajaan yang telah lama berkuasa mereka tidak dapat menerima kekalahan," katanya.

Semasa pilihan raya kecil dulu Pakatan Rakyat berjaya memulihkan beberapa infrastruktur asas di beberapa buah kampung seperti paip air, jalan tar, bantuan yang ditarik balik dan sebagainya.

Selama ini hidup rakyat menderita di bawah pentadbiran BN manakala yang kenyang hanya mereka yang rapat atau kroni sahaja.

"Projek besar semuanya dirampas oleh individu yang berkedudukan mereka mengagihkan peruntukan kepada individu tertentu sahaja. Bila Pakatan rakyat menang semua kosong dan susah nak bagi bantuan yang sewajarnya," ujar Manikumar seterusnya.

Berucap sama dalam progam anjuran Lajnah Perpaduan Nasional PAS Kawasan Tasek Gelugor itu ialah Yang Dipertua PAS Kawasan, Ustaz Khalid Man dan Pengerusi Kelab Penyokong PAS Negeri Pulau Pinang, Dr Ooi @ Vellautham.

Tiada ulasan: