"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

HANYA ADUN DIIZINKAN MASUK DEWAN UNDANGAN NEGERI

IPOH: Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak selama seminggu bermula Khamis ini akan mencatat sejarah paling getir Kawalan keselamatan dan polis pada tahap maksimun. Agendanya .. mudah sahaja iaitu memberi tekanan paling maksimun pada Adun Pakatan Rakyat dan para penyokongnya.

Yang PASTI hanya ADUN dibenarkan masuk. Yang lain-lain sila ambil perhatian .. jangan harap.

Menurut sumber pejabat SUK, jika berasaskan arahan semasa kini, tiada media (yang tidak berkenaan atau bersekongkol dengan Umno) akan dibenarkan masuk ke dalam Dewan, meskipun memiliki pas yang dikeluarkan Speaker Dewan V SIvakumar mengeluarkan pas.

Semua pas yang dikeluarkan speaker tidak akan diperakukan.

Mulai Rabu akan kelihatan berbondong-bondong kenderaan polis, lengkap dengan pegawai dan anggotanya berkampung di sekitar bangunan SUK itu. Semuanya atas desakan dan arahan Setiausaha Kerajaan Negeri Dato Dr Abdul Rahman Hashim.

Sesungguhnya Dewan DUN tidak memerlukan polis tetapi dek kerana jemputan khas Abdul Rahman, maka akan kelihatan berbondong-bondonglah anggota dan pegawai polis mengawal bangunan SUK.

Anggota polis akan membuat kawalan keluar masuk bangunan suk dan dewan persidangan. Bayangkanlah betapa ketatnya kawalan hari itu. Berdoalah semuga Allah memberi lorongan agar apa yang berlaku akan terdedah juga pada awam.

Speaker V Sivakumar hendaklah dengan segala kebijaksanaannya mengguna waktu dan ruang yang ada. Adun Pakatan Rakyat hendaklah bijak berbahasa dan bersiap siaga. Speaker hendaklah bertegas menggunakan segala kuasanya agar rakyat marhaen (yang berkenaan) diizinkan masuk ke dewan yang mulia itu.

Sesungguhnya para pegawai kerajaan negeri terutama di  SUK sudah mulai rimas dengan sikap dan tindakan Rahman yang ternyata telah membelakangi kod etika perkhidmatan awam dengan membuat arahan yang lebih bersifat mempertahankan kepentingan peribadi.

Kemungkinan Rahman kini dikejar kegelisahan yang amat untuk mempertahankan maruah diri yang dia sendiri mencemarkannya. Dia dikatakan kini membuat arahan tanpa pertimbangan yang sewajarnya, melebihi kuasa Menteri Besar Kudeta DS Dr Zambry sendiri. Pejabat SUK kini tidak lagi telus dan jujur dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai sebuah badan yang menjaga kepentingan rakyat kerana telah secara langsung terbabit dengan kerenah politik.  

http://perakdaily.com/

Tiada ulasan: