"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Perak tak stabil selagi tidak ada p/raya

Bekas Presiden Majlis Peguam,  P. Cumaraswamy berkata kekecohan di DUN Perak semalam adalah amat memalukan untuk sebuah negeri di bawah naungan seorang Sultan yang pernah menjadi Ketua Hakim Negara.

Sultan Azlan Shah “telah berpeluang mengelak segala kekecohan ini jika baginda telah membubarkan dewan dan mengembalikan mandat kepada rakyat untuk memilih kerajaan negeri yang baru, selaras dengan prinsip demokrasi,” kata Param.

“Istana tidak hanya harus bebas dari campurtangan dalam politik tetapi mesti juga dilihat sebagai berbuat demikian,” tambah beliau.

Param berkata Barisan Nasional telah bertindak dengan tergesa-gesa mengadakan sidang DUN itu walaupun pertikaian siapa Menteri Besar yang sah belum diputuskan oleh mahkamah.

“Bagaimana jika Isnin ini, mahkamah memutuskan Datuk Seri Nizar Jamaluddin adalah Menteri Besar sah,” tanya Param.

“Dan jika Zambree pula dilantik, sudah tentu tanggapan yang timbul ialah keputusan itu dipengaruhi oleh sidang dewan berkenaan,” kata beliau.

Param berkata kekecohan semalam membuktikan kestabilan politik tidak mungkin kembali ke Perak selagi Sultan tidak membubarkan DUN bagi membolehkan pilihanraya negeri di adakan.

Berikut artikal penuh Param Cumarasamy yang pernah berkhidmat sebagai penyelaras Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai kewibawaan hakim dan peguam. 

-TVAntara.com.my-

Tiada ulasan: