"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Laporan Polis Terhadap Keganasan Polis


   

Mereka di sembur dengan semburan lada, baju rasmi Dewan Undangan Negeri dikoyakkan, perut dipijak dan belakang dicalar. 

Inilah gambaran yang diberikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Titi Serong, Drs Khalil Idham Lim Abdullah mengenai keganasan pihak terhadap ahli-ahli yang berhormat daripada Pakatan Rakyat.

Tindakan ganas dan tidak bertamadun mereka bukan terhenti di situ sahaja malah Yang Dipertua Dewan V. Sivakumar juga diheret keluar dan dikurung dalam bilik setor apabila beliau mempertahankan maruah dan integriti institusi DUN.

"Apa yang berlaku adalah sesuatu yang tidak bertamadun dan mencalarkan imej negara bukan sahaja di mata rakyat Malaysia tetapi pada pandangan masyarakat dunia.

"Kira-kira 100 anggota menceroboh masuk ke dalam DUN dan melakukan keganasan terhadap ADUN-ADUN Pakatan rakyat. Inilah bentuk "demokrasi" yang diamalkan oleh Umno dan Barisan Nasional dan saya kira semalam demokrasi dibunuh oleh BN," tegas Drs Idham Lim lagi.

Sehubungan itu pagi tadi ADUN Pantai Remis, Nga Kor Ming telah membuat laporan polis di IPD Ipoh terhadap kekecohan yang dilakukan oleh Barisan Nasional dengan membawa masuk polis ke dalam DUN.

Drs Idham Lim berkata setiap ADUN Pakatan Rakyat akan juga membuat laporan polis secara individu kemudian.

"Ini sahaja cara yang tinggal kepada kami untuk mempertahankan institusi demokrasi daripada keganasan yang dilakukan polis terhadap kami.

"Kami daripada Pakatan Rakyat sentiasa menghormati undang-undang dan tidak akan mencabuli undang-undang tetapi malangnya kita lihat semalam undang-undang di cabuli sesuka hati oleh pihak polis," beliau berkata.

Beliau juga berkata apa yang dilakukan oleh BN dengan melantik Speaker adalah tidak sah dan dengan itu juga sidang DUN tidak berlaku semalam.

"Speaker telah memberi beberapa arahan termasuk arahan keluar kepada tiga ADUN yang meletak jawatan serta Zambry dan enam ADUN BN tetapi mereka enggan. oleh itu sidang s
ebenarnya tidak berlaku kerana BN telah merampas kuasa Speaker yang sah,"  jelas ADUN Titi Serong itu lagi.

-TVAntara.com.my-

Tiada ulasan: