"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Debat halal-haram ISA jadi kenyataan

Abdul Rahim Sabri 
Debat halal-haram Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) akan menjadi kenyataan tidak lama lagi apabila NGO penentangnya dan penyokong tegarnya bersetuju menentukan butiran-butiran akhir program tersebut hari ini.

Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) dan Majlis Permuafakatan Ummah (PEWARIS) merancang mengadakan pertemuan tertutup jam 5 petang ini untuk tujuan tersebut.

Setiausaha GMI, E Nalini memberitahu 
Malaysiakini, mesyuarat pertama kedua-dua pihak itu antara lain membincangkan format perdebatan dan pembicara yang mewakili mereka.

Beliau bagaimanapun enggan menyatakan lokasi pertemuan tersebut.

Minggu lalu, GMI mencabar PEWARIS untuk berdebat mengenai sejauh mana Islamik atau tidak akta tersebut pada 9 Mei dengan cadangan tajuk 'Debat ISA: Haram atau Halal?' yang dijadualkan di Auditorium Dewan Sivik MPPJ mulai jam 3 petang.

NGO Melayu itu dicabar untuk mempertahankan ISA ekoran dakwaannya bahawa akta kontroversi tersebut "diperlukan untuk mempertahankan Islam".

PEWARIS kemudiannya memberi cadangan balas dengan menawarkan idea agar perdebatan itu ditukar kepada perbincangan dan ia disiarkan secara langsung di stesen Radio 24 milik agensi berita nasional Bernama.

Mengulas mengenai cadangan itu, Nalini berkata GMI tidak bersetuju dengan idea tersebut walaupun kedua-dua pihak bersetuju dengan tajuk yang disarankan.
-malaysiakini-

Tiada ulasan: