"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Solat hajat Dun Perak dan solidariti bebaskan Mohammad Sabu malam ini

Irwan Muhammad Zin dan Wan Nordin 
KUALA LUMPUR, 6 Mei (Hrkh)
 - Meskipun hari ini beberapa pimpinan dan aktivis Pakatan Rakyat ditahan berikutan penganjuran himpunan dan solat hajat sempena Sidang Dun Perak, namun beberapa solat hajat terus akan diadakan.

Di Dataran Merdeka, satu solat hajat diadakan bagi memberikan solidariti ke atas penahanan Naib Presiden PAS, Mohammad Sabu.

Solat hajat ini dianjurkan oleh Solidariti Menyokong Pakatan Rakyat Perak dan Bantahan Penahanan Mohammad Sabu.

Sementara, Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkifly Mohammad Omar pula menyatakan dalam sms ringkasnya satu majlis solat hajat dianjurkan Badan Perhubungan PAS Negeri Sembilan malam ini.

"Mohon semua ahli PAS Negeri Sembilan juga ahli serta penyokong Pakatan Rakyat yang beragama Islam di Negeri Sembilan ini hadir Majlis Solat Hajat sempena Sidang DUN Perak pada malam ini Rabu 6 Mei 2009 jam 7:15 malam di Surau Hitam, Ampangan , Seremban" kata sms Zulkifly kepada Harakahdaily.

Tiada ulasan: