"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Sayangnya Bila Kita Bertelagah

Ibrahim Baba

Akhir-akhir ini terdapat satu fenomena yang kurang sihat di kalangan bloggers “bukan pro-kerajaan”. Hasilnya timbul fitnah memfitnah, tuduh-menuduh dan jawab-menjawab … semuanya akan membawa kepada melemahkan kredibiliti media alternatif yang kita harapkan sebagai medan untuk kita “counter” media arus perdana yang sememangnya memasarkan berita propoganda mereka.

Tidak cukup dengan “media kerajaan” melaga-lagakan pemimpin PAS pelbagai peringkat dan pimpinan parti sekutu seterusnya, mereka juga melaga-lagakan di antara parti-parti tersebut, kini mereka turut memungut taburan fitnah dan tuduh-menuduh ini sebagai senjata mereka terhadap kita.

Cuma satu yang jelas hasil dari kemelut ini ialah ianya akan menjadi lebih jelas – siapa lawan dan siapa kawan. Kalau ada musuh dalam selimut (jika pun ada – IB tidak mahu menuduh sesiapa itu) … maka terlucutlah selimut tersebut.

Tujuan posting ini sekadar menjadi renungan kita semua. Dalam keghairahan menulis dan semangat hendak melaporkan sesuatu kita patut melihat dari sudut yang jauh dan luas agar tidak kita ranapkan medan yang kita sendiri cuba bina kredibilitinya.

Sekian, IB

http://ibrahimbaba.wordpress.com/

Tiada ulasan: