"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Siasat Segera 'Mr Political Toll'

SETIAUSAHA Politik, Najib Razak, Shafei Abdullah (foto)nampaknya semakin mendapat perhatian. Tiba-tiba saja nama Shafei meletup dan mengisi ruag-ruang blog dan media massa pro pembangkang. Pendedahan oleh ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong mengenai ‘kegiatan’ Ketua Umno Bahagian Wangsa Maju itu dikira boleh menganggui kehidupan Shafei yang sebelum ini dikatakan tenang dan tidak diganggu oleh sesiapa.

Dinding dan tembok yang mengeliling hidup Shafei sebagai setiausaha politik Perdana Menteri dikatakan begitu kebal dan kukuh. Tidak siapa berani menyentuh dan mengusiknya. Tetapi sejak pendedahan dibuat Wee Choo Keong itu kekebalan itu sudah mula roboh dan terusik.

“Eloklah biar dia (Shafei) merasa sedikit. Selama ini dia merasakan dialah raja di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ini,” demikian kata salah seorang aktivis Umno bahagian Wangsa Maju yang kurang senang dengan sikap dan pembawaan Shafei. Aktivis ini rupanya seronok bila mendengar Wee Choo Keong mendedahkan 'kegiatan' Shafei di Parlimen.

“Setahu saya Datuk Seri Najib juga tidak kisah, tidak akan membela setiausahanya ini.,” begitulah kata aktivis itu yang memberi maklumat di sekitar isu Shafei ekoran pendedahan Wee Choo Keong itu. Aktivis ini berada di Parlimen ketika menghubungi saya memaklumkan keadaan itu. Di Parlimen menurutnya ramai ahli Parlimen memperkatakan tentang Shafei dan rata-rata terkejut dengan apa yang berlaku.

Tambah aktivis itu mungkin Najib juga setuju dengan Ahli Parlimen Wangsa Maju itu. Setidak-tidaknya Shafei akan memahasabah dirinya dan tidak merasakan dialah paling kuat dan berkuasa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ini.

Dalam pada itu, Gerakan Rakyat Integriti & Anti Korupsi (Gerak Malaysia) turut menggesa agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan siasatan segera ke atas Shafei.
Pengerusinya, Nazree Yunus dalam satu kenyataan yang diemailkan ke blog ini mengharapkan skandal melibat Shafei seperti didedahkan Wee Choo Keong itu dapat diadili sebaik mungkin.

Kata Nazree keperluan siasatan ini kerana pendedahan itu dibuat secara langsung di Parlimen.
Sementara itu kes membabitkan Shafei ini juga mendapat perhatian Dewan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan. Ketuanya
Kamaruzaman Mohamad telah membuat aduan berhubung kes berkenana kepada SPRM.

Adalah diharap SPRM akan menyegerakan siasatan ke atas setiausaha politik PM itu tanpa ada banyak ‘birokarsi’. [wm.kl. 6:50 pm 10/12/09]

Tiada ulasan: