"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

SUK yang diminta bersara awal dapat balak?

Abdullah Ngah
Cakap cakap di kedai kedai kopi dianggap oleh sesetengah kita bahawa cakap itu adalah cakap ikut sedap mulut atau dengan kata lain cakap sedap mulut sahaja macam rasa sedap minum secawan kopi O, lepas itu ada yang minta secawan kopi O lagi.

Begitulah apa yang berlaku pada mereka yang duduk minum di kedai kopi yang dikatakan cakap ikut sedap mulut itu. Ada pula yang kata cakap cakap itu hanya gossip sahaja yang tidak berpijak di alam nyata atau dengan kata lain mereka main pakai reka mereka isu ini dan isu itu.

Betul ke begitu?

Cerita SUK Terengganu dipecat yang dianggap gossip itu sudah jadi kenyataan yang tidak boleh sesiapa nafikan lagi. Memang YES. Sah jawatan yang disandangnya tamat pada awal tahun 2010. Ada yang kata tamat pada Januari 2010 tidak beberapa hari lagi dan ada yang kata MAC 2010 hanya dua bulan lagi.

Nak cerita pasal Datuk Tengku Hassan Tengku Omar yang ditamatkan perkhidmatanya oleh Datuk Seri Idris Jusoh dahulu pun demikian juga. Beliau dapat habuan sebuah kereta Mecedes Benz dan gaji pokok penuh sampai usia pencen.

Begitu juga apa yang berlaku pada Datuk Muhatar Abdullah, beliau dapat habuan sebuah mecedes Benz gaji pokok sampai usia pencen dan diberi jawatan baru dalam syarikat milik kerajaan.

Macam Datuk Idris Jalal juga. Beliau yang gagal memulih dan menyebabkan MAS kerugian lebih teruk berbanding sebelum ini dilantik menteri di Jabatan perdana menteri.

Datuk Rashid Ngah dan Datuk Roslan Awang Chik yang tersingkir nama dalam musim pilihanraya umum dahulu diberi jawatan Senator, pengerusi itu dan pengerusi ini sebagai habuan. Pada hal mereka sudah kayaraya, manakala yang lain habuk pun tak ada.

Yang menariknya SUK Terengganu diminta bersara awal kali bukan sahaja dapat mecedes Benz, malah dikatakan dapat habuan kawasan balak seluas 140 ekar. Mungkin ini juga gossip mereka yang duduk sambil mimun secawan kopi O.

Kita tidak tahu apa pula cerita mereka yang duduk minum minum kopi O di Kopitiam di Kuala Terengganu.

Tiada ulasan: