"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Tuan Ibrahim: Pahang sasaran Pakatan dalam PRU-13

;" align="justify" style="font-family: Verdana, Tahoma, Arial; font-size: 11px; ">
Zukri Aksah
Pakatan Rakyat (PR) meletakkan Pahang sebagai antara negeri sasaran untuk diambil alih menerusi pilihan raya umum ke-13, kata Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.“Tiada pilihan lain, masa menunggu PAS sudah tamat,” kata beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang pada satu majlis di Kompleks Imam Assyafie (KIAS), Temin baru Pada 8 Mac 2008 PR menguasai lima kerajaan negeri iaitu Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor.
Tuan Ibrahim menegaskan, kepercayaan yang diberikan rakyat selama ini telah dibalas dengan kepimpinan dan pentadbiran Barisan Nasional yang lemah.

Bajet negeri buat tahun ke-12 berturut-turut menunjukkan defisit manakala Bajet 2010 yang dibentangkan baru-baru ini pula menggambarkan ketidakcekapan pentadbiran apabila kesahan dokumen belanjawan tahun depan dipertikaikan ramai pihak.

Justeru Tuan Ibrahim menyeru kalangan pimpinan dan masyarakat memberi kepercayaan kepada PR Pahang untuk membetulkan situasi semasa agar kebajikan rakyat negeri yang kaya sumber alam ini terbela.

Masyarakat juga, ujar Tuan Ibrahim, tidak perlu ragu-ragu dengan kemampuan PAS untuk mengepalai kerajaan PR di Pahang.

“Rakyat negeri ini boleh menilai kepimpinan Kelantan yang diterajui PAS dan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Kedah di bawah kepimpinan Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan Perak yang sempat melihat ketokohan Setiausaha PAS negeri Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menjadi Menteri Besar

“Semuanya telah menunjukkan contoh yang baik dan beramanah, seterusnya memberi gambaran positif tentang kemampuan dan keupayaan PAS untuk mentadbir negeri,” terang beliau.

Tuan Ibrahim juga mengaku menjadi impian PAS Pusat untuk melihat kerajaan negeri Pahang bakal diambil alih oleh PAS bersama-sama PR dalam pilihan raya umum ke-13.

Maka tegas beliau, “semua pimpinan PAS peringkat negeri, kawasan dan cawangan perlu meningkatkan daya usaha, komitmen dan gerak kerja dalam merealisasikan impian ini.”.

-MalaysianInsider-

Tiada ulasan: