"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

JHEOA Berkempen Untuk Umno-BN, Halau Jentera PKR

HULU SELANGOR 22 APR: Terdesak meraih undi daripada orang Asal, Umno Barisan Nasional tanpa segan silu memperalat jentera Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) yang dipercayai dibayar bagi membantu kempen parti pemerintah.

Tindakan JHEOA itu tidak ubah seperti lagak sebuah parti komponen BN, malah bertindak keterlaluan kerana turut mengenakan tekanan kepada jentera Pakatan Rakyat yang berkempen di kalangan orang Asal di sini.

Tindakan jentera Umno Barisan Nasional (BN) yang tidak adil dikecam oleh petugas Pakatan Rakyat yang terdiri daripada orang Asal.

Mereka melalui detik sukar sepanjang tempoh berkempen berikutan tekanan yang dikenakan jentera kerajaan persekutuan berkenaan.

"Sepanjang saya jalankan kempen di Hulu Selangor ni, diperguna dengan wang ringgit oleh JHEOA. Maknanya maruah mereka dibeli dengan duit ringgit," kata Nurul Azlin, Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rompin.

Beliau adalah antara pimpinan parti di kalangan arang Asal.

"Parti Baru, parti Jabatan Hal Ehwal Orang Asli. Tolong Barisan Nasional. Semalam saya dan kawan-kawan pasang kain rentang, datang Pengerusi JKK Kampung Serendah.
"Dia cakap tak boleh pasang. Malaysia ini bebas. Dia kata dia berkuasa. JHEOA juga orang luar kenapa boleh berkempen?" kata Ramli Nugen, Setiausaha Kerja Orang Asal Negeri Pahang.

Dalam pada itu, Exco Selangor, Elizabeth Wong kesal dengan sikap agresif Umno BN menggunakan JHEOA sedangkan termaktub dalam Akta Perkhidmatan Awam bahawa penjawat awam tidak boleh berkempen untuk pilihan raya.

Pengerusi Badan Bertindak Tanah Orang Asli Selangor itu juga menempelak sikap SPR yang menutup sebelah mata dengan penyelewengan tersebut.

"Yang sepatutnya dibuat oleh SPR, kalau memang betul neutral dan bebas, sila bawa keluar pondok polis di kampung orang Asal. Ini satu tuntutan..cann Jangan main bina sahaja tanpa alasan," katanya.

Elizabeth juga menyifatkan pelakuan Umno BN memperalat JHEOA seolah-olah memperbudak-budakkan orang Asal sekaligus merendah-rendahkan martabat mereka.

"Kalau BN mahu berkempen, mereka boleh kempen tapi jangan guna sumber dari JHEOA. Ini sampai ditampal pada trak. Mereka ingat boleh budak-budakkan, ingat boleh tipu orang Asli," katanya.
-tvselangor-

Tiada ulasan: