"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pengundi Belum Buat Keputusan, Zaid Ibrahim Ada Kelebihan

HULU SELANGOR 23 APR: Kurang 48 jam dari proses pembuangan undi, kebanyakan pemilih Parlimen Hulu Selangor belum membuat keputusan sama ada memangkah Datuk Zaid Ibrahim atau P Kamalanathan.

Tinjauan TV Selangor mendapati rata-rata pengundi mahukan wakil rakyat yang terbaik mewakili mereka dan calon Pakatan Rakyat lebih mendapat tempat di hati rakyat.

"Tak kira siapa. Janji boleh tolong rakyat. Itu yang kita harap sahajalah, tak kira siapalah. Tak kira orang baru atau orang lama. Apabila menang, kita harap dapat bantu kita. Itu yang kita harap," kata Khoo.

Berdasarkan pengamatan peribadi beliau, Pakatan Rakyat mampu menarik pengundi berdasarkan keupayaan kerajaan negeri memerintah Selangor dengan baik.

Bagi Mibidayah pula, beliau bukan sahaja mahukan pemimpin yang berkebolehan dan berwibawa tetapi turut mampu menggalas tanggungjawab untuk berkhidmat kepada rakyat.

"Mestilah pemimpin yang bertanggungjawab, yang ambil tahu soal rakyat. Waktu ini memanglah macam-macam janji tapi akhirnya ada yang tak tunai. Itu yang kita tak mahu. Kalau boleh janji itu dikotakan barulah orang percaya," katanya.

Kebanyakan pengundi juga dilihat lebih mengenali Zaid Ibrahim berbanding P Kamalanathan dan yakin mampu membawa banyak perubahan di Hulu Selangor.

"Saya pun tak kenal dia (Kamalanathan). Baru first time tengok gambar dia di poster. Kalau Zaid mestilah okay. Walaupun Zaid orang luar, dia orang yang berani bersuara," katanya.

Bagi Ganesh pula, Zaid mampu memikul tanggungjawab untuk berkhidmat kepada masyarakat berdasarkan pengalamannya selaku bekas Menteri Undang-Undang.
Seorang pengundi Melayu, Mohd Sufi Abu Hassan pula mahukan calon terbaik yang dapat menjalankan tanggungjawab untuk rakyat.

"Kamalanathan? Siapa dia? Sebab dia bukan orang sini.K alau boleh kita nak orang daripada sini barulah kita boleh tahu masalah dekat sini. Setakat tetiba muncul mana kita tahu?"

"Zaid kita dah kenal. Dia menteri dan track record dia kita tahu. Dia sanggup berhenti sebab tak sebulu dengan pemimpin atas, soal ISA. Daripada situ, kita tahu mana yang bagus untuk bela nasib di Hulu Selangor ini," katanya.

Berbeza dengan calon pilihan Umno yang mewakili Barisan Nasional, Abdullah berkata calon parti itu kurang menonjol selain tidak dikenali ramai.

"Kamalnathan, saya kurang tahu pasal dia. Kurang kenal, kurang menonjol. Pasal Zaid ini, dia memang ada pengalaman jadi Ahli Parlimen. Kita tahu latar belakang dia," katanya.
-tvselangor-

Tiada ulasan: