"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

SPR Memberi Kerusi Kepada BN

mohdnoorawang
Awal-awal lagi Barisan Nasional khasnya UMNO serta parti komponennya MIC parti yang bertanding di Hulu Selangor mendapat kemenangan sebaik sahaja kematian ahli parlimen berkenaan dan sbelum SPR mengumumkan tarikh penamaan calun dan tarikh hari mengundi. Jelas satu rancangan yang diatur oleh pemerintah BN dengan kerjasama SPR/Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia. Barisan Nasional dibawah Datuk Najib Razak begitu takut jika pilihanraya kecil parlimen Hulu Selangor tidak menyembelahi BN.

Dengan rakus dan berniat jahat serta cukup tidak bertamadun BN/UMNO mengunakan SPR serta kuasa yang ada dibawah SPR memindah pengundi Hulu Selangor seramai 14,000(empat belas ribu pengundi ) ke kawsan pengundi/lokalitinya di Daerah Selayang tanpa notis telebih dahulu kepada pengundi. Jelas kerja-kerja SPR menyalahi undang-undang Perlembagaan Malaysia dan kerja SPR dianggap mengatasi Kuasa-Kuasa Parlimen. Ada arahan pehak tertentu mengarah SPR bertindak sedikian rupa dan arahan yang pasti datang dari Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Dengan ini dicadangkan kepada pehak pembangkang, parti dan pemimpin pakatan rakyat serta semua rakyat Malaysia membuat satu lapuran kepada Polis untuk menyiasat serta menentukan kesasihan tindakan SPR tidak menyalahi undang-undang Persekutuan. Dan dicadangkan kepada semua ahli parlimen pakatan rakyat membuat satu usul dalam sidang dewan rakyat untuk dibahas apakah betul dan benar tindakan SPR memindah lokaliti pengundi tanpa dibentang dalam dewan rakyat atau tanpa notis kepada pengundi yang berada di lokaliti tersebut.

Tiada ulasan: