Angkatan Muda Keadilan, Dewan Pemuda Parti Islam Se-Malaysia dan Pemuda Sosialis DAP berkata kehadiran perunding Zionis di negara ini adalah satu penghinaan pada sensitiviti dan kesedaran rakyat Malaysia.
Pemuda Pakatan Rakyat mengemukakan kata dua itu ketika menyerahkan memorandum bantahan ke Pejabat Perdana Menteri di Bangunan Perdana Putra di Putrajaya hari ini.
Ketua AMK Selangor, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin mendesak kerajaan menghalau APCO serta segala syarikat yang berkaitan dengan zionisme di negara ini.
"Pada hari ini kita sebut jangan hipokrit, Najib Razak jangan hipokrit ada Apco, halau Apco. Itu paling kecil perjuangan rakyat kita dalam palestin. Kalau tak boleh hantar tentera, buat semampu yang kita mungkin. Putuskan hubungan dengan Apco, halau segala syarikat, asiasoft dan sebagainya," Kata Khairul Anuar.
"Kita dah tau dimana pejabat Apco dan kita akan pergi ke pejabat Apco untuk menghalau mereka daripada Malaysia ini. Kita nak tegaskan, saya rasa semua bayar cukai, kita haramkan duit cukai kita yang kerajaan bayar untuk Apco. Yang mana Apco ni sepertimana kita tahu, Zionis," ujarnya lagi.
Penyerahan memorandum ini berlangsung secara aman, dengan delegasi dari Pemuda Pakatan Rakyat merentangkan sepanduk mendesak kerajaan menghalau Apco keluar dari negara ini.
Kira-kira 20 anggota polis dan pihak keselamatan Putrajaya memantau delegasi ini semasa melaungkan slogan di perkarangan pejabat PM.
Pegawai Khas kepada Perdana Menteri, Datuk Ghazali Ibrahim telah menerima memorandum bantahan dari Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul dan Setiausaha Agung Dewan Pemuda Pas Pusa (DPPP) ,Kamaruzzaman lebih kurang jam 12 tengah hari.
"Dalam pertemuan saya dengan Datuk Ghazali Ibrahim, pegawai tugas khas PM yang menerima surat ini bagi pihak PM, saya kira inilah masanya PM membuat keputusan tegas selaras dengan desakan seluruh dunia yang mendesak supaya Israel dihadapkan kepada mahkamah jenayah perang dimasa yang sama Kerajaan Israel meminta maaf," kata Shamsul Iskandar.
Meminta PM ambil tindakan yang lebih proaktif untuk memberi tekanan yang lebih kuat supaya isu ini tidak lagi berlaku di masa hadapan. Bayangkan rakyat gaza dikepung tanpa bantuan makanan, perubatan pembangunan dan sebagainya," Kamaruzzaman Mohamad.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan