"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Sokong Judi...Umno Kuala Terengganu Semakin Bebal

laniismaa
Umno Kuala Terengganu mengambil langkah berani menyokong secara terbuka perjudian bola sepak beserta dengan kain rentangnya sekali.

Ramai juga di kalangan Umno yang tidak menyokong perjudian ‘halal’ tajaan mereka dan ada yang menyokongnya dalam senyap tetapi Umno Bahagian Bahagian Kuala Terengganu, yang diketuai oleh Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh ingin menunjukkan dia Umno lebih daripada Umno yang lain tentang tahap sokongannya. Dalam pencarian mencari si bebal dan bengap pertama, gayanya ia bakal dipegang oleh Umno Bahagian Terengganu yang semuanya mengaku Islam. Adalah tidak wajar dan tidak betul menyatakan sokongan secara ‘gila babi’ walaupun ia dibuat oleh bosnya sendiri. Umno sudah tidak mampu berfikir yang mana baik untuk agamanya, bangsanya dan juga untuk negaranya. Mungkin Umno hanya mampu berfikir tentang perutnya sahaja.

Orang-orang Umno Terengganu memang berani. Lihatlah kain rentang sokongannya. Dulu pun orang Terengganu juga yang memasang kain rentang memanggil sultan dengan panggilan ‘Natang’. Bebal tahap terbaik yang dimiliki mereka.

Kita berharap orang-orang Umno yang menyokong benada-benda karut-marut, berfikiran secara lebih baik dan janganlah berfikir menggunakan kepala lutut, berfikirlah menggunakan kepala walaupun tidak menggunakan akal yang sepatutnya.

Apa Terjadi Sekiranya Kereta Wanita Ditarik Di China

-tko-

Tiada ulasan: