SELAIN memantau pergerakan bekas pemimpin Al-Arqam, pihak yang menjaga agama dalam kerajaan juga perlu menyedari Umno sebagai badan politik yang memisahkan tuntutan agama dan politik. Ini kerana Umno merupakan sebuah parti yang pada dasarnya memperjuangkan bangsa melebihi agama, sekaligus dilihat lebih membahayakan akidah daripada Al Arqam.
Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan, berkata Umno umumnya diketahui sentiasa berusaha menjauhkan rakyat Malaysia supaya tidak bersungguh-sungguh mendalami ilmu agama dengan memperbanyakkan hiburan yang melalaikan, dan dalam masa yang sama majlis-majlis ilmu yang dianjurkan terikat dalam lingkungan 'politik sempit' mereka sahaja.
"Ia terbukti apabila baru-baru ini Malaysia yang ditunjangi Umno meluluskan lesen judi bolasepak kepada Berjaya Group untuk Piala Dunia 2010 selain melibatkan pertaruhan ke atas empat liga utama dunia iaitu England, Itali, Sepanyol dan Jerman. Bukankah tindakan ini jelas memesongkan akidah umat Islam?" soal beliau.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin meminta kerajaan memantau kegiatan bekas pemimpin Al Arqam bagi memastikan pertubuhan yang diharamkan itu tidak dihidupkan semula.
Menurut Ustaz Nasrudin, jika konsert khas anjuran badan itu dikatakan mengundang kontroversi, mengapa kerajaan sekadar membiarkan sahaja konsert Pitbull yang berlangsung di Bukit Kiara, baru-baru ini. Malah, dakwa beliau kenyataan-kenyataan yang mempertikaikan hukum hudud yang sering keluar dari pemimpin Umno juga jelas mempertikaikan hukum Allah.
Sehubungan itu, Pemuda PAS menasihatkan Timbalan Presiden Umno itu agar berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan. "Jangan hanya melihat sudut yang sempit demi 'survival' politik Umno dan Barisan Nasional, seolah-olah hanya satu pihak sahaja yang sesat, tetapi mereka harus juga melihat dari skop yang lebih besar demi memelihara akidah umat Islam di negara ini," tegas beliau.
1 ulasan:
Wahai para pemimpin yang berkuasa, ada bala tentera dilaut, diudara, dan di darat
”Perangilah mereka [YAHUDI], nescaya Allah akan menyeksa mereka dengan (perantaraan) tangan kamu, dan Allah akan menghinakan mereka serta menolong kamu menewaskan mereka, dan Dia akan memuaskan hati orang-orang yang beriman”. [Surah At-Taubah (9) : 14].
Catat Ulasan