Ini berikutan pelantikan Ahli Parlimen Labis, Chua Tee Yong, anak Presiden MCA dalam Kabinet walaupun Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin terus tidak terpilih.
Pelantikan anak Chua Soi Lek itu juga dijangka mengundang petanda episod baru permusuhan berpanjangan dalam MCA.
Bekas Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat digugur dan diganti dengan Datuk Seri Kong Cho Ha yang juga Setiausaha Agung MCA.
Sebaliknya, anak kepada Datuk Seri Chua Soi Lek, musuh ketatnya dalam MCA terpilih mengganggotai kabinet apabila dilantik sebagai Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.
Bercakap kepada TV Selangor, Dr Dzulkefly menganggap rombakan ini umpama melepas batuk di tangga dan langsung tidak memberikan impak kepada pentadbiran negara, sebaliknya sekadar cubaan menutup kelemahan Najib.
"Satu pemulihan kabinet Najib yang perlu menyuntik sedikit sedikit keyakinan yang semakin hari semakin pupus kerana flip-flop tindakan Najib bersabitan dengan GST, bersabitan dengan subsidi, bersabit dengan Model Ekonomi Baru yang masih belum dibentangkan, dengan RMK-10 yang masih belum tahu apa isinya, ini umpama melepaskan batuk di tangga" ujarnya kepada Tv Selangor.
Dr Dzulkefly percaya tindakan menyingkirkan Tee Keat berkait rapat dengan skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) demi mengalih perhatian rakyat dari penyelewengan terbesar itu.
Namun, pelantikan anak Chua Soi Lek paling mengejutkan.
"Nampaknya bos MCA sekarang ini, sanggup untuk berjudi dengan nasibnya untuk tidak memegang apa-apa jawatan dalam kabinet, hanya sekadar bersetuju menjadikan anaknya yang sekadar merupakan seorang yang boleh kita katakan pada saya setahun jangunglah. Sebab kita memerhatikan gelagat dan prestasinya di parlimen" tambahnya lagi.
Dr Zulkefly juga menyentuh kegagalan Ketua Pemuda UMNO yang dilihat berhempas pulas menonjolkan diri melalui publisiti media tetapi gagal memperoleh kepercayaan Najib.
"Sekali lagi kita dapatkan saksikan Khairy kesiangan, Khairy ketinggalan. Walaupun peribadi itu nampaknya baru penggal pertama di parlimen, tetapi sebagai Ketua Pemuda UMNO, beliau tidak langsung diberikan apa-apa pengiktirafan".
-tvselangor-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan