"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Selangor Arah 12 PBT Beku Lesen Judi, Kekang Penyakit Sosial

Shah Alam, 2 JUN: Kerajaan Negeri Selangor mengeluarkan arahan rasmi kepada 12 pihak berkuasa tempatan seluruh Selangor supaya menyekat dan membanteras operasi perjudian bola sepak dari beroperasi dinegeri ini.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kesemua 12 PBT diarah untuk tidak meluluskan sebarang permohonan dari konsesi judi sukan Ascot Sport, atau mana- mana pengusaha loteri judi yang mahu menawarkan judi sukan kepada orang awam.

Kerajaan Negeri mengambil pendirian tegas ini selepas mengambil pandangan dari pelbagai pihak berhubung kesan negatif judi dan mudarat judi sukan yang mahu diperkenalkan Umno-BN menjelang sukan Piala Dunia 2010 pada 11 Jun depan.

"Kerajaan Selangor telah mengeluarkan arahan pada semua 12 PBT supaya tidak meluluskan permohonan lesen premis perjudian bola sepak di selangor. Keputusan larangan perjudian bola sepak telah dipersetujui semua ahli EXCO kerajaan negeri kerana haram di sisi Islam dan merosakkan moral masyarakat Islam dan bukan Islam," kata Khalid.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah mengumumkan perkara ini semasa sidang media selepas Mesyuarat Exco Negeri diBangunan SUK, Shah Alam.

Mengulangi sentimen sama seperti Kerajaan negeri Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan, Khalid berpendapat peng'halal'an judi bukanlah cara mengatasi masalah judi haram malah menambah lagi penyakit sosial masyarakat.

"Kerajaan Negeri Selangor berpendapat, tindakan Kerajaan Barisan nasional meluluskan lesen perjudian dan menambah lagi penyakit sosial dan tidak akan menyelesaikan masalah perjudian haram yang juga berleluasa," ujarnya lagi.
-tvselangor-

Tiada ulasan: