"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Negara bankrap atau tidak, siapa yang betul?

Drs. Khalil Idham Lim
Lain pula ulasan dari Senator Dr. Awang Adek Hussein bila katanya Malaysia tidak akan bankrap pada 2019 seperti Greece meskipun subsidi berjumlah RM74 bilion setahun diteruskan, yang juga Timbalan Menteri Kewangan .

Awang Adek mengulas pandangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala bahawa negara boleh bankrap jika pemberian subsidi kepada rakyat diteruskan.

Mana satu yang betul Awang Adek atau Idris Jala ?. Saya kira kedua-duanya tidak betul sebab mereka mengeluarkan pandangan tanpa kajian yang sangat terperinci . Dan pandangan saya diluar kotak kajian itu, ialah negara benar-benar akan dan terus bankrap sekiranya terus diperintah oleh Umno dan BN.

Awang Adek berkata keadaan ekonomi negara pada masa itu tidaklah begitu teruk seperti yang digambarkan iaitu seolah-olah negara tidak mampu membayar hutang jika kerajaan berhasrat meneruskan pemberian subsidi.

Hakikatnya, langkah untuk memansuhkan subsidi ialah bagi mengurangkan kadar defisit negara serta membolehkan kedudukan kewangan negara lebih stabil, katanya.

"Negara tidak akan bankrap. Mana boleh bangkrap sekalipun subsidi diteruskan, tetapi dengan cara itu (mansuhkan subsidi) boleh mengurangkan beban hutang dalam negara yang ditanggung oleh semua rakyat," kata Awang Adek.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas berucap pada Majlis Sepetang Bersama Timbalan Menteri Kewangan, di Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan Kubang Kerian di sini, semalam.

Beberapa hari lepas, Idris yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) Jabatan Perdana Menteri, berkata ia boleh berlaku kerana hutang negara dijangka meningkat 100 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang tahun 2019, jika pemberian subsidi diteruskan.

Malaysia merupakan antara negara yang memberi subsidi tertinggi kepada rakyatnya iaitu berjumlah RM74 bilion pada 2009. Namun begitu apalah salahnya mengembalikan keuntungan negara kepada rakyat kerana asalnya semuanya datang dari rakyat. Rakyatlah yang menghasilkan produktiviti dan hasil negara. merekalah pembayar cukai dalam pelbagai bentuk.

Disamping pemberian subsidi adalah pengembalian nikmat hasil negara terutamanya hasil minyak dan gas untuk meringan bebanan rakyat, apalah salah nya jika subsidi diteruskan. Isu bankrap adalah isu untuk menghalalkan tindakan kerajaan menarik subsidi yang sekian lama dinikmati oleh rakyat.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga tidak bersetuju dengan pandangan Idris itu.

Alahai Malaysia yang kita cintai, beginilah nasib rakyatnya yang akan terus tertekan setiap kali BN diberikan mandat untuk meneruskan teraju negara. Barang naik, tarik subsidi dan berbagai masalah timbul dan yang jadi mangsa adalah rakyat bawahan.

Untuk kali ini marilah kuatkan tekad untuk turunkan BN dari tampuk pemerintahan Negara, gantikan dengan Pakatan Rakyat yang akan menyelamatkan negara dari bankrap.


Drs. Khalil Idham Lim,
Adun Titi Serong.

Tiada ulasan: