"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ayuh ummat Islam bangkit "serang" syaitan Israel Jumaat, 4 Jun ke Kedutaan Amerika

KEBIADAPAN rejim Zionis melanggar sempadan kemanusiaan dengan menyerang Konvoi Viva Gaza perlu diajar dengan kebangkitan umat 'menyerang' dan memberi tekanan kepada negara haram Yahudi itu. Demikian tegas Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar semasa mengadakan sidang medianya di Pejabat Agung PAS baru-baru ini sebaik kejadian serangan berlaku 31 Mei lalu.

Beliau berkata, Majlis Keselamatan PBB, Persidangan Negara Islam (OIC) dan badan dunia yang lain perlu segera bersidang dan mengambil tindakan tegas termasuk menyerang Israel jika negara tersebut enggan membebaskan tahanan dan membuka sempadan
Gaza.

Mahfuz berkata, hanya dengan 'serangan' ke atas Israel sahaja yang mampu menghalang negara haram itu dari terus menzalimi rakyat Gaza dan konvoi Fortila Gaza. "Tindakan yang tegas sahaja mampu mengajar negara haram tersebut yang telah melanggar peraturan PBB sendiri. Amerika Syarikat hanya berdiam diri tanpa mengecam serangan tersebut," katanya lagi.

Sementara itu, PAS mengajak seluruh rakyat tidak mengira kaum dan agama sama-sama turun berhimpun secara aman bagi melaungkan tekanan dan kutukan ke atas perbuatan biadap rejim itu. Himpunan itu akan diadakan pada 4 Jun ini seusai solat Jumaat. Perarakan akan bermula daripada Masjid Kampung Baru menuju ke Kedutaan Amerika Syarikat dekat Jalan Tun Razak. Himpunan itu dijangka akan dihadiri Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan kepimpinan utama PAS selain Pakatan Rakyat.

Sementara itu, seorang lagi Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, PAS mendesak Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak segera memanggil sidang khas Parlimen bagi membincangkan serangan Israel ke atas Konvoi Bantuan ke Gaza.

Tiada ulasan: