"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kes Anwar Ditangguh Pada 14 Julai

Perbicaraan konspirasi ke-2 terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim ditangguh kepada 14 Julai setelah peguambela Anwar menfailkan permohonan bagi mendapatkan laporan, nota perubatan dan lain-lain dokumen serta sampel berkait dengan pemeriksaan ke atas pengadu Saiful Bukhari Azlan.

Laporan dan dokumen itu diperlukan oleh pasukan peguam Anwar sebelum mereka menyoal balas pakar bedah Hospital Kuala Lumpur Dr Razali Ibrahim.

Dr Razali memberitahu mahkamah semalam baahawa beliau kini yakin berlaku penembusan pada dubur Saiful walaupun laporan rasmi HKL sebelum ini mengesahkan tidak ada tanda-tanda klinikal untuk menyokong anggapan berkenaan.

Hari ini ketika disoal oleh Ketua Pendakwaraya Zainal Yusuf Abiden, Dr Razali berkata semasa pemeriksaan itu, Saiful tidak menunjukkan sebarang tanda terdapat sesuatu dimasukkan ke dalam dubur.

Dr Razali, ketika menjawab soalan Mohd Yusof juga memberitahu lembapan yang ditemui dalam kawasan perianal Saiful boleh disebabkan oleh material berasaskan cecair.

1 ulasan:

mi-phg berkata...

KALAU BERHUJAH SEMUA ANGOTA TUBUH MANUSIA INI SIAPA YANG PATUT JADI BOSS.
MAKA UTK MANUSIA DIMALAYSIA
BUKAN OTAK WALAUPUN IA BLH BERFIKIR
BUKAN MATA WALAUPUN IA BLH MELIHAT
BUKAN TELINGA WALAUPUN IA BLH MENDENGAR
BUKAN TANGAN WALAUPUN BLH BUAT KERJA
BUKAN KAKI WALAUPUN IA BOLEH BERJALAN

TAPI YG BOLEH MENJADI BOSS ADALAH JUB*RR KERANA ,PM,MENTERI,SURAT KABAR
MAHKAMAH,POLIS HARI HARI BERCERITA PASAL NYA.