"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kematian PTD: Pakatan desak latihan dibekukan

Wakil rakyat muda Pakatan Rakyat menuntut kerajaan menjalankan siasatan secara "terbuka dan telus" ke atas kematian seorang pegawai tadbir diplomatik yang meninggal dunia semasa latihan pada 31 Mei lalu.

NONESekumpulan empat orang wakil rakyat itu juga turut mendesak upaya kerajaan membekukan penglibatan peserta dalam latihan seumpamanya sehingga siasatan dijalankan sepenuhnya.

Ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar berkata pihak berwajib tiada pilihan selain "mendasari isu ini dengan teliti" dan menjamin tiada lagi kejadian seumpamanya berlaku.

"Pihak berkenaan harus bekukan penglibatan peserta di dalam latihan seumpanaya sehingga ia disiasat sepenuhnya dengan yelus dan terbuka," kata Nurul Izzah yang membacakan satu kenyataan.

"Sekiranya latihan dikendalikan oleh perunding, adakah perunding ini mempunyai latar belakang profesional," soalnya.

Dalam insiden itu, mangsa Norhashimah Wahid, 31, meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang selepas mengikuti kursus ala komando di Jugra, Kuala Langat.

Beliau yang berkhidmat dengan Kementerian Kewangan di Putrajaya, difahamkan mengikuti kursus Modul Jati Diri di sebuah kawasan hutan yang dikendalikan oleh Pasukan Khas Tentera Udara (PASKAU).

Tiada ulasan: