"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Gaza: Pakatan Rakyat mulakan perbincangan meja bulat

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 4 Jun:
Pimpinan Pakatan Rakyat pagi ini memulakan perbincangan meja bulat "Keamanan dan Keadilan Untuk Gaza" bagi mencari tindakan konkrit yang wajar dilakukan Malaysia untuk dibawa ke persidangan Parlimen Isnin ini.

Perbincangan ketika ini sedang berlangsung di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru bermula sekitar jam 11 pagi tadi dengan kehadiran kepimpinan utama Pakatan Rakyat dan ahli parlimen PAS, PKR dan DAP serta wakil NGO.

Antara mereka termasuklah Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Penasihat DAP, Lim Kit Siang serta ahli parlimen dan kepimpinan parti masing-masing.

Turut serta adalah Presiden PKR Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Perbincangan dimulakan dengan ucapan aluan oleh wakil parti masing-masing berhubung pandangan mereka terhadap insiden terbaru serangan berdarah tentera Israel ke atas kapal konvoi kemanusiaan Gaza Isni lalu.

Dijangka ianya akan berlangsung sehingga jam 12.30 tegah hari ini sebelum sidang media berhubung resolusi yang telah dicapai diadakan.

Resolusi tersebut akan dibawa ke dewan rakyat Isnin ini apabila kerajaan sesi persidangan parlimen bermula.

Selepas perbincangan meja bulat ini juga, difahamkan kesemua pimpinan pakatan akan menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek Kg. Baru sebelum memulakan perarakan sejuta ummah ke bangunan Kedutaan Amerika Syarikat bagi membantah tindakan Israel itu.

Tiada ulasan: