Assalamualaikum,,..
Gaza dalam ingatan. Tembok kematian mesti dirobohkan. Itulah mesej kemanusiaan yang dibawa oleh dunia kepada Israel berikutan kejadian ganas di perairan Teluk. Sehubungan dengan itu, hari ini, jumaat 4 jun 2010, bumi Malaysia menyaksikan satu usaha bersama di seluruh negara bermula dengan solat hajat di seluruh masjid selepas solat jumaat memohon perlindungan.
Dan pertolongan ALLAH untuk menyelamatkan GAZA dan Islam dari terus diinjak-injak yahudi laknatullah dan kemudian diikuti oleh 3 perhimpunan di ibu negara yang menyaksikan PR, BN dan NGO yang bertanggungjawab, Lifeline4Gaza menganjurkan perhimpunan di 3 tempat yang berbeza.PR di Masjid Kg. Baru, BN di Masjid Negara dan Lifeline4Gaza di Masjid Tabung haji. 2 perarakan menuju kedutaan Amerika kemudian menyusul di mana kumpulan PR yang diberitakan disertai hampir 20 ribu orang berarak dari Masjid Kg. Baru dan kumpulan Lifeline4Gaza berarak dari Masjid Tabung Haji ke arah destinasi yang sama, kedutaan Amerika bagi menyerahkan memorandum bantahan kepada serangan Israel tersebut. Memorandum dari kedua dua kumpulan tersebut berjaya diserahkan kepada kedutaan Amerika. Demikianlah sedikit sebanyak sumbangan rakyat Malaysia kepada penduduk GAZA yang tercacat hari ini, Jumaat 4 jun 2010.
Di samping itu juga kita diberitahu bahawa usaha meruntuhkan tembok kematian di GAZA tidak akan terhenti oleh serangan ganas Israel itu malah sebaliknya usaha untuk membawa masuk bantuan kemanusian ke GAZA akan diteruskan. Dalam jangka 3 minggu lagi dianggarkan bantuan akan dibawa masuk ke GAZA menerusi Rafah dan lebih membanggakan kita ialah berita bahawa semakin ramai rakyat Malaysia tampil untuk menjadi sukarelawan selepas serangan ganas Israel ini. Di samping itu bantuan juga akan terus dibawa melalui laut di mana diberitakan kapal kapal yang ditawan oleh Israel akan dibawa ke Turki dan dari sana rancangan akan terus disusun untuk memastikan bantuan akan sampai ke GAZA. Bak kata KJ, kalau ada 300 kapal yang membawa bekalan melalui perairan teluk, apa yang mampu Israel lakukan?
Barangkali inilah masanya Israel patut merasa terperanjat dengan respon dunia akibat perbuatan keji mereka. Turki menyambut kepulangan sukarelawan yang ditawan Israel sebagai wira dan satu laungan amaran yang kuat ditujukan kepada Israel oleh rakyat Turki. Begitu juga rakyat Malaysia yang tidak mahu ketinggalan turut sama menyumbang dalam usaha memecahkan tembok kematian GAZA. Sumbangan yang telah ditunjukkan oleh rakyat Malaysia mungkin berbeza tahapnya, tetapi tetap mempunyai matlamat yang sama seperti digambarkan oleh KJ semasa ucapan di perhimpunan BN di Masjid negara:
"Jika tiada perubahan (daripada) demontrasi di Masjid Negara (mahupun) di Kedutaan Amerika Syarikat, kita akan bangun dan terus ke Gaza untuk tewaskan Israel," katanya.
(semuga ucapan ini bukan hanya sekadar retorik sahaja dan kita menunggu KJ mengetuai angkatan bersenjata menuju Israel seperti Sultan Salehudddin Al Ayubi mengetui angkatan perang menuju Baitulmaqdis)
Untuk mu GAZA, terimalah sumbangan saudaramu dari Malaysia. ALLAH selamat semua dan semua mesti mematuhi perintah ALLAH tak kira di mana kita berada dan tak kira siapa yang menganjurkan kemungkaran dan kezaliman, semua mesti bangkit menentang, yahudi atau yang menyerupai yahudi.
sumber rujukan: Malaysiakini online, radio IKIM(radio resmi Lifeline4 Gaza) dan artikal tko bertajuk "MaCam Ni CaRa SamBut Rakyat"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan