"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Lawak Mr. Bean dekat Raya

Ustaz Saiful Bahri

Cukup terdesak UMNO-BN. Kerana kini terpaksa memakai meriam katak yang lama tak digunakan. Biasanya kalau kat K.Terengganu hanya digunakan untuk letak peluru bedil bagi memaklumkan umat Islam dibandar K.Terengganu bahwa waktu berbuka telah masuk. Di waktu yang lain terpacak atas bukit tu buat perhiasan sahaja.

Layak macam museum. Meriam macam ni tak boleh masuk perang lagi. Berat nak mampus dan padan letih bawak pelurunya aje.Tapi dah kepupusan idea. Pimpinan UMNO-BN pun dah kepala karat. Rasa macam takde jalan keluar lagi dalam PRU-13. Nampak tersangat cemas. Dah habis tok bomoh dok tiup dan jampi. Dari tok batin kalangan orang asli Pekan sehingga APCO dari Israel.

Nampaknya politik Bung Najib dan Neng Rosmah makin menjunam. Jadi terpaksalah digalas meriam antik untuk membedil PAS-PR. Setelah serangan togel oleh Tan Sri Zainuddin Maidin tak menjadi kudis gatal pun kepada Pas. Terpaksalah recycle semula barang antik untuk buat berlaga semula. Lalu Tun Mahathir pun mula membebel menteranya…

Agama, umat Islam jadi mangsa Pas: Tun Mahathir

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, agama Islam dan penganutnya menjadi mangsa pemimpin Pas, yang menggunakan agama sebagai senjata kelangsungan hidup dalam politik supaya parti itu terus mendapat sokongan.
Walaupun kononnya melaungkan perjuangan Islam sebenar, katanya, pemimpin Pas sanggup mengubah pemikiran, menukar tafsiran dan ia memang naluri parti itu sejak dahulu akan mengetepikan Islam untuk mendapatkan sokongan bukan Islam.

Beliau berkata, pemimpin Pas pintar memberikan pelbagai pandangan dan penjelasan mengelirukan dan akhirnya yang menjadi mangsa kepada perbuatan itu adalah Islam dan penganutnya.

“Kita lihat bagaimana mereka yang kononnya pejuang Islam sanggup menukar tafsiran terhadap Islam kerana politik, kalau dulu mereka kata bekerjasama dengan orang kafir kita akan jadi kafir, tetapi kini mereka melakukan kerjasama itu dan dipertahankan sehingga ke tahap luar biasa.

“Umpamanya, isu ternakan babi dekat kampung Melayu, mereka mengatakan dalam Al-Quran tiada menyebut mengenai ternak babi, hanya tidak boleh makan babi, kalau nak ternak atau lakukan apa-apa tiada larangan dalam al-Quran,” katanya dalam wawancara khas bersama :UMNO-Online: yang dipetik laman portal itu di sini, semalam.

Mahathir berkata, golongan itu akan melakukan apa sahaja demi memastikan kepentingan politik mereka terjamin dan menghalalkan apa yang mereka lakukan.

Tiada ulasan: