"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pembikin video 'bawah pokok' tidak didakwa

ADUN Tebing Tinggi dari DAP, Ong Boon Piow, terlepas daripada tuduhan memiliki 23 DVD ang belum diluluskan oleh lembaga penapisan filem.

Peguam beliau, Yee Su Kai, berkata selepas menunggu kira-kira sejam di mahkamah majistret Ipoh, beliau diberitahu oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mark Netto, bahawa beliau menerima arahan untuk tidak meneruskan pertuduhan.

Dakwaan berkenaan sepatutnya dibacakan di Mahkamah Mejistret Ipoh, pagi ini tetapi dipercayai ditangguhkan atas arahan ketua pendakwa negeri.

“Mereka sedang menuju arahan lanjut dari Putrajaya,” katanya ketika dihubungi, sebelum keputusan berkenaan.

Ong petang semalam diarahkan oleh polis untuk hadir di mahkamah berkenaan hari ini.

Beliau sebelum ini dikatakan akan akan didakwa mengikut Seksyen 6 (1) (a) Akta Penapisan Filem 2002. Jika terbukti bersalah, Ong boleh dipenjarakan sehingga tiga tahun, denda antara RM5,000 hingga RM30,000 atau kedua-duanya sekali.

DVD kontroversi bertajuk "Rampasan Kuasa BN di Perak" itu memuatkan rakaman sidang tergempar dewan undang negeri Perak pada 3 Mac 2009 yang diadakan di bawah sebatang pokok yang dirakamkan oleh Ong.

Tiada ulasan: