"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Liwat II: Kenyataan Saya Kepada Polis Diubahsuai - Anwar


KUALA LUMPUR, 4 MAC: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini terkejut mendapati kenyataan yang diberikannya kepada polis ketika beliau ditahan pada tahun 2008 berlainan dengan dokumen percakapan yang dikemukakan oleh pendakwaraya pada perbicaraan kes fitnah liwat beliau.

Anwar memberitahu mahkamah tinggi kuala lumpur bahawa wujud beberapa kelainan yang ketara antara kenyataan yang beliau berikan kepada Timbalan Penguasa Jude Pereira pada 16 Julai 2008 berbanding dokumen yang bentangkan kepada mahkamah.

Ketua Pembangkang itu juga menegaskan dokumen di mahkamah itu juga berlainan berbanding dengan salinan kenyataan beliau kepada Jude yang diterima oleh peguambelanya Sankara Nair pada November 2008.

Dokumen yang dibentangkan di mahkamah mempunyai satu mukasurat tambahan berbanding dengan apa yang diberikan kepada Sankara, kata Anwar.

“Maksud saya ialah kenyataan saya ada dua versi berlainan. Satu adalah yang dihantar kepada saya dan satu lagi adalah yang dikemukakan kepada mahkamah" tambah Anwar.

Percanggahan lain bersabit dengan tanda tangan yang diturunkan oleh Anwar dan Pereira.
Segala percanggahan itu menimbulkan kecurigaan atas kewibawaan polis menjalankan siasatan terhadap Anwar, sama seperti apa yang berlaku pada tahun 1998.

Peguam Karpal Singh turut menegaskan kenyataan Anwar yang dibentangkan di mahkamah adalah berlainan dengan salinan yang diberikan kepada pasukan peguambela Anwar.

Dalam memberi keterangan hari ini, Anwar sekali lagi menegaskan beliau tidak dimaklumkan asas-asas penahanan beliau pada 16 Julai 2008, walaupun berkali-kali meminta penjelasan.

“Saya tidak diberitahu asas-asas penangkapan, (atau ditunjukkan) laporan polis terhadap saya. Polis tidak boleh menahan seseorang tanpa sebab. Anda mesti ada asas sebelum boleh berbuat demikian," kata Anwar.

Anwar berkata dalam memberi kenyataannya kepada polis, beliau memberi "penjelasan penuh, menafikan tuduhan dan bekerjasama penuh dengan Jude.

Apabila saya diberitahu proses percakapan selesai, saya menafsirnya sebagai selesai dan saya boleh balik ke rumah," tambah Anwar.

Anwar bagaimana tidak dibenarkan pulang selepas kenyataanya direkodkan oleh polis.
Beliau dibawa ke Hospital Kuala Lumpur dan terpaksa menjalani pemeriksaan terhadap bahagian sulitnya yang cukup mengaibkan mantan Timbalan Perdana Menteri itu.

Anwar kemudian dibawa balik ke Ibupejabat Polis Kuala Lumpur dan ditahan semalam serta dipaksa tidur atas lantai simen sungguhpun polis mengetahui beliau mempunyai masalah sakit tulang belakang yang kronik.

Anwar memberi keterangan pada perbicaraan dalam perbicaraan untuk Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah memutuskan sama ada polis bertindak mengikut undang-undang apabila merampas tuala mandi, berus gigi dan botol air mineral dari lokap Anwar untuk menjalankan ujian DNA dengan tujuan mensabitkan Anwar atas tuduhan liwat untuk kali kedua.

Peguambela Anwar berhujah polis merampas barang-barang itu dari lokap Anwar secara tidak sah serta dengan niat jahat.
-tvsnews-

Tiada ulasan: