"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Sokong KEADILAN Seumpama Sokong Umno. Budaya Mereka Sama

setisab
KUALA LUMPUR: Angkatan Muda KEADILAN Gombak akan menganjurkan Konsert Nostalgia 2011 di Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) pada 12 Mac ini.

Menurut Ketuanya, Jafrien Muhamamad, aktiviti tersebut merupakan sebahagian program anak muda selain mengutip dana menghadapi pilihan raya akan datang.

“Persembahan ini akan diserikan dengan artis-artis era 80 dan 90an yang terdiri daripada kumpulan Gamma, Meditasi, Olan, Utopia dan beberapa kumpulan lain,”

“Ini adalah program anjuran bersama dengan MPAJ dan AMK serta Rock Kapak Fan Club. Konsert ini juga bertujuan untuk mencari ahli baru selain menolong kumpulan-kumpulan rock itu mencari sumber kewangan mereka,” kata Jafrien ketika dihubungi Keadilandaily.com

Katanya, persembahan yang dijadualkan bermula jam 8 hingga 11.45 malam itu akan dihadiri beberapa pimpinan parti.

“Tetamu khas malam itu Adun Batu Caves, Amiruddin Shaari, Naib Presiden KEADILAN, Azmin Ali dan Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin.

“Tiket untuk konsert itu akan dijual dengan harga RM35 satu kepala dan dijangkakan seramai 350 hingga 400 pengunjung akan hadir. Konsert itu akan diadakan di sini

- Memang sesuai sangatlah dengan Ketua Wanitanya... Zuraida Kamaruddin.. !! 

Tiada ulasan: