"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

ADUN Lenggeng bersalah atas tuduhan rasuah

ADUN Lenggeng, Mustafa Salim hari ini didapati bersalah atas tuduhan menerima rasuah RM2,000 sebagai dorongan untuk mengeluarkan surat sokongan bagi mengeluarkan surat sokongan berkaitan dengan projek pasir, lebih dua tahun lalu.

Mahkamah Sesyen Seremban akan menjatuhkan hukuman ke atasnya pada jam 2.45 petang ini.

Mustafa, 51, bagaimanapun dibebaskan daripada dua tuduhan menerima rasuah daripada M Manimaran untuk tujuan yang sama.

ADUN Umno itu didakwa mengikut Seksyen 10(a)(aa) Akta Pencegahan Rasuah 1997 boleh dikenakan hukuman penjara antara 14 hari dan 20 tahun serta denda lima kali ganda daripada jumlah suapan atau minimum RM10,000.. Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah restoran di Mantin pada 31 Ogos 2008.

Tuduhan tersebut membawa hukuman penjara antara 14 hari hingga 20 tahun, dan didenda lima kali jumlah rasuah atau minimum RM10,000.
Hakim Mahkamah Sesyen Amran Jantan menangguhkan prosiding dan akan menjatuhkan hukuman pada jam 2.45 petang ini.
-malaysiakini-

Tiada ulasan: