"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Liwat II: Hari ke-2 bicara dalam bicara


KUALA LUMPUR: Bicara dalam perbicaraan untuk mengenepikan bukti kes Fitnah II yang diperoleh secara tidak sah bersambung hari ini.

Pasukan peguam bela Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka memanggil Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah sebagai saksi peguam bela.
Sivarasa bertindak sebagai peguam Anwar pada hari beliau ditahan pada 16 Julai 2008.
Berikut adalah kronologi perbicaraan hari ini:
8.50 am – Anwar dan isteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ibrahim tiba di galeri awam.
9.23 am – Mahkamah mula bersidang. DPP Yusof memberitahu Hakim Zabidin beliau mahu menyoal Anwar sekali lagi.
9.24 am – Anwar mengambil tempat di kandang saksi.
9.27 am – DPP Yusoff menunjukkan satu dokumen kepada Anwar dipercayai salinan waran tangkap pada hari beliau ditahan pada 16 Julai 2008.
9.28 am – Peguam Anwar, Karpal Singh membantah Yusoff dan mahu salinan asal ditunjukkan di mahkamah dan bukannya salinan semata-mata.
9.33 am – Karpal marah kepada DPP Yusoff dan mahu beliau lebih serius dalam membentangkan kes pendakwa.
“Jangan ketawa!” bentak Karpal kepada Yusoff.
9.37 am – DPP Yusoff meneruskan soal balas dan bertanya Anwar sama ada beliau boleh mengingati ada menandatangani sebarang dokumen pada hari beliau ditahan.
9.38 am – Anwar menjawab beliau ada menandatangani dokumen tertentu pada hari beliau ditahan.
9.40 am – DPP Yusoff menunjukkan satu dokumen dipercayai rakaman keterangan Anwar di bawah Seksyen 112 Kanun Jenayah Keseksaan pada hari beliau ditahan.
Sewaktu menunjukkan dokumen tersebut, Yusoff seakan-akan cuba menyindir Karpal ‘ia salinan asal’.
9.42 am – Anwar mengambil masa untuk meneliti dokumen tersebut. Menurut beliau, beliau sudah melalui pengalaman dokumen dipinda dan dipalsukan sebelum ini. Justeru beliau perlu meneliti rakaman percakapan yang ditandatanganinya untuk memastikan tiada pindaan dilakukan.
9.52 am – Mahkamah berehat selama 15 minit untuk membolehkan pendakwa raya membuat salinan borang rakaman percakapan Anwar untuk rujukan mahkamah dan peguam bela.
10.25 am – Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah tiba di galeri awam.
10.32 am – Mahkamah bersidang semula.
10.35 am – Anwar meneliti salinan rakaman percakapan dan juga borang rakaman percakapan asal. Terdapat perbezaan  besar  antara kedua-duanya. Dalam salinan asal, tertera perkataan ‘SULIT’ pada muka satu namun perkataan itu  tiada pada salinan fotokopi muka surat yang sama. Muka surat kedua yang mengandungi tandatangan Anwar pada salinan asal tidak terdapat dalam salinan fotokopi yang diberikan pendakwa raya.
10.51 am – DPP Yusoff cuba menjelaskan perbezaan  antara salinan asal dan salinan fotokopi borang rakaman percakapan yang ditanda sebagai TWT2 tetapi Zabidin serta mahkamah tidak faham.
Anwar berkata melihat kepada salinan asal serta salinan fotokopi, ia tidak sama.
“Apa yang diberikan kepada saya, yang didakwa sebagai sebagai salinan fotokopi borang  asal, bukanlah salinan kepada borang itu,” kata Anwar.
11.02 am – Zabidin kelihatan seperti berang dan bosan dengan DPP Yusoff yang terus membuang masa mahkamah dan memanjangkan perbicaraan dengan memberi salinan fotokopi borang rakaman percakapan yang berbeza daripada salinan asal.
11.04 am – Sivarasa Rasiah mengambil tempat sebagai saksi.
11.07 am – Menurut Sivarasa, Anwar sepatutnya sudah dilepaskan selepas percakapan beliau dirakam. Namun, DSP Jude Pereira walaupun sebelum ini memberitahu kenyataan Anwar sudah selesai dirakam, membuat keputusan untuk terus menahan Anwar di lokap tersebut. Menurut Sivarasa Rasiah, DSP Jude menyatakan itu adalah keputusan beliau sendiri untuk menahan Anwar.
“Ini keputusan saya untuk menahan beliau,” kata Jude Pereira, seperti diceritakan Sivarasa.
11.26 am – Karpal memberitahu mahkamah beliau mahu memanggil bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan serta bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Bakri Zinin untuk memberi keterangan
11.31 am – Mahkamah berehat sebentar

Tiada ulasan: