"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

PAS tetap yakin, Ilham ramal sebaliknya di Merlimau

Aziz Muda

JASIN, 5 Mac: Walaupun diramalkan kalah oleh firma penyelidikan Ilham Centre, PAS masih menaruh harapan untuk mencipta sejarah gemilang dalam PRK Dun Merlimau esok, berdasarkan sambutan yang diberikan oleh oramg ramai di kawasan itu terhadap PAS hari ini.



Calon PAS bagi Dun Merlimau,Yuhaizad Abdullah berkata,sambutan orang ramai terhadap kempennya antara lain boleh dilihat dari sandaran penduduk di kawasan itu kepada beliau untuk membela isu-isu rakyat dalam persidangan Dun Melaka.

Menurut beliau, namun dalam masa yang sama, para pemimpin, ahli-ahli dan penyokong PAS jangan sekali-kali lupa berdoa memohon bantuan kepada Allah untuk mendapat kejayaan.

"Dalam sebarang keadaan pun, berdoa kepada Allah itulah yang amat penting dan itulah yang saya harapkan dari kita semua," katanya ketika ditemui ketika melawat Markaz UPU PAS Melimau Pasir, di sini, hari ini.

Ilham Centre dalam kenyataan mereka hari ini meramalkan BN akan menang lebih besar di Dun Merlimau ekoran gerakan kempennya yang sangat agresif dengan menggunakan seluruh jentera kerajaan negeri dan pusat serta media.

Menyentuh tentang kempen PRK Dun Merlimau sehingga kini, beliau amat kesal kerana kempen dari Umno BN terus berunsur keganasan.
(Gambar: Petugas PAS bersemangat menjalankan kerja kempen di saat-saat akhir)

Antaranya, beberapa buah kereta ahli-ahli dan penyokong PAS telah dipecahkan cermin dan dibocorkan tayarnya.

"Apa yang dilakukan oleh mereka itu sebenarnya adalah untuk menakut-nakutkan ahli-ahli dan para penyokongh PAS," katanya.

Namun, katanya, para pemimpin, ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS tetap mempunyai cara dan strategi tersendiri dalam menghadapi sebarang keadaan.

Sehingga kini, beliau tetap yakin dengan kecekapan pihak polis dalam menjaga ketenteraman awam.

"Pada kesempatan ini, saya juga ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada seluruh petugas PAS dari seluruh negara yang datang untuk membantu kempen kita dari segenap segi," ujar beliau.

Tiada ulasan: