"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Berang dengan Ali Rustam sebab lembu susu!

FAIZ ABDULLAH 
MERLIMAU - Berang dengan janji Ketua Menteri Melaka Dato' Mohd Ali Rustam 15 penternak lembu di Kampung Paya Buluh di sini mendesak agar kerajaan Negeri Barisan Nasional segera menyelesaikan kemelut mereka sebelum hari mengundi pada Ahad ini.
Wakil penduduk M Nesmuthu, 50 berkata," Pada perjumpaan dengan Mohd Ali di Pejabat Operasi Barisan Nasional di Pejabat sebuah NGO bernama MBM di pekan Merlimau pada pukul 12.00 tengah malam bertarikh 15 Februari 2011, Mohd Ali berjanji kesemua 15 penternak yang berdaftar dengan Jabatan Veterinar Melaka akan menerima seekor lembu susu

"Walaubagaimanapun dalam senarai yang dikeluarkan oleh Jabatan Veterinar Melaka pada 02 Mac 2011, hanya lapan daripada kami yang disenaraikan akan menerima lembu susu tersebut.

"Apa yang kami berang, empat orang daripada lapan orang yang disenaraikan menerima lembu susu tersebut adalah mereka yang tidak layak menerima lembu susu ini di bawah skim Teras.

"Mereka ini adalah penternak lembu secara kecil-kecilan dan tidak pernah membekalkan susu lembu kepada Jabatan Veterinar Melaka sedangkan kami adalah penternak lembu yang juga merupakan pembekal susu lembu kepada Jabatan Veterinar Melaka", kata Nesmuthu.

Sementara itu Naib Pengerusi DAP Melaka, N Gandhirajan individu yang membongkar isu ini dan membawa wartawan Harakah ke Kampung Paya Buluh berkata dalam soal pengagihan lembu susu ini kepada penternak amat jelas berlaku kronisme.

"Penternak ini mempertikaikan daripada empat orang tersebut yang tidak layak mendapat lembu susu, salah seorang daripada empat orang tersebut tidak pernah membela lembu.Tetapi beliau disenaraikan layak mendapat lembu tersebut mungkin atas sebab beliau merupakan Ketua Kampung Paya Buluh dan Ketua Jawatankuasa Kebajikan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

"Seorang lagi pula merupakan Ketua Pemuda PPP. Maka di sini jelas pengagihan lembu susu kepada penternak berdasarkan sistem kronisme.Mereka yang benar-benar layak dinafikan hak, sementara mereka yang tidak layak diberikan lembu susu percuma," ulas Gandhirajan.

Gandirajan juga mengingatkan BN dan kerajaan negeri agar segera menyelesaikan isu ini dan jangan berterusan memberikan janji palsu setiap kali berlakunya pilihanraya.

Sementara penduduk Kampung Paya Buluh yang juga penternak lembu susu ini memberikan kata dua kepada BN agar menyelesaikan isu ini sebelum hari mengundi jika tidak mahu lebih 40 undi daripada mereka termasuk daripada ahli keluarga mereka beralih kepada Pakatan Rakyat Ahad 06 Mac ini.

Tiada ulasan: