"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Empat penunjuk perasaan Yaman mati ditembak

SANAA: Tentera Yaman membunuh empat penunjuk perasaan dan mencederakan tujuh yang lain apabila mereka melepaskan tembakan semasa demonstrasi antikerajaan di utara negara itu ketika bantahan merebak ke seluruh negara.

Insiden itu yang menyusul sehari selepas pemimpin pembangkang dan agama menawarkan Presiden Ali Abdullah Saleh berundur secara aman, berlaku di wilayah Amran, kira-kira 170 kilometer dari  Sanaa.

Seorang pegawai keselamatan Yaman hanya boleh mengesahkan berlakunya pertempuran bersenjata yang mana empat askar dan tiga lelaki bersenjata.

Terdahulu, seorang pemimpin pemberontak menyatakan "dua penunjuk perasaan terbunuh manakala sembilan lagi cedera apabila askar melepaskan tembakan terhadap kumpulan penunjuk perasaan itu".

Angka korban meningkat kepada empat apabila dua mangsa yang cedera meninggal dunia kemudian. 
-AFP-

Tiada ulasan: