"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Bersih 2.0 Tiada Kaitan Dengan Usaha Pakatan Rampas Putrajaya


KUALA LUMPUR, 30 JUN: Presiden Pergerakan Kebebasan Awam Malaysia (MCLM), Haris Ibrahim menolak sebarang dakwaan mengaitkan perhimpunan Bersih 2.0 dengan hasrat Pakatan Rakyat untuk mengambil alih Putrajaya.

Malah jelas beliau, fokus program itu adalah mudah dan khusus bagi mendesak pilihan raya adil dan bersih melalui lapan tuntutan yang telah disenarai-pendekkan dalam Bersih 2.0.

Dalam forum 'Hard-Talk on Bersih 2.0' yang dianjurkan baru-baru ini, Haris menegaskan bahawa tiada tekanan politik bersabit program yang bakal dianjurkan nanti.

Beliau mengambil pendirian merujuk kepada ucapan Presiden Bersih, Datuk Ambiga Sreenavesan pada pelancaran minggu lalu menyatakan program tersebut hasil inisiatif badan bukan kerajaan (NGO).

Malah beliau berkata telah menjemput parti Barisan Nasional (BN) untuk menyertai perhimpunan itu walau bagaimanapun pelawaan tersebut ditolak.

Namun demikian katanya, respon daripada kepimpinan Pakatan Rakyat amat menggalakan seraya akan membantu melancarkan program itu nanti.
 
"Bersih bukan berhasrat untuk membina struktur parti politik. Fokus kami sangat jelas iaitu pilihan raya bebas dan adil. Sama ada anda sistem dua parti atau lebih, kami hanya mahu bebas dan adil," kata beliau di hadapan peserta yang hadir.

Haris berkata antara lain usaha mengajak lebih ramai rakyat Malaysia untuk turun bersama-sama menyertai perhimpunan Bersih telah mula dilakukan dengan menghubungi bakal penyokong setiap hari.

"Sebenarnya saya semak buku telefon setiap hari membuat panggilan kepada sepuluh orang dan menyuruh mereka menyertai Bersih sehingga mereka kata mereka datang," tambah beliau lagi.

Sehingga kini hampir 100 orang aktivis dan pemimpin politik telah ditahan polis di seluruh negara menjelang perhimpunan pada 9 Julai itu nanti.

Terbaru, ahli parlimen Gopeng, Lee Boon Chye dan Adun Simpang Pulai, Chan Ming Kai ditahan polis hari ini didakwa merancang perhimpunan awam.

Dalam masa yang sama, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada sebuah majlis di Hotel Sri Pasific hari ini berkata, Bersih 2.0 sebagai pencetus momentum untuk Pakatan Rakyat merampas Putrajaya daripada Umno-Barisan Nasional (BN).

Dalam masa yang sama Suara Rakyat Malaysia (Suaram) mendesak agar kepimpinan negara berhenti mengancam dan mengugut rakyat yang ingin melakukan perhimpunan aman di ibu negara.

Namun menurut Haris, pendirian Bersih tidak berganjak untuk melaksanakan sepertimana yang telah dirancang.

Haris menjelaskan perarakan pada 9 Julai nanti akan tertumpu di Lembah Klang.

Namun menurutnya, berdasarkan respon yang diterima melalui panggilan telefon kepada urusetia Bersih, masyarakat di Sabah dan Sarawak turut mengambil langkah sama melancarkan perhimpunan solidariti bagi menyatakan sokongan kepada Bersih 2.0 yang akan berlangsung di ibu negara.

Jelas Haris, Bersih tidak berhasrat untuk membuat perhimpunan sama di negeri-negeri lain namun beliau mengalakkan rakyat seluruh negara untuk turun ke Kuala Lumpur pada hari itu nanti.

"Kita ada rakyat di Sabah yang menghubungi kami dengan mengatakan mereka akan menganjurkan perhimpunan solidariti di Kota Kinabalu pada 9 Julai termasuk di Sarawak," kata beliau.

Antara soalan yang diajukan kepada Haris termasuk tindakan lanjut Bersih sekiranya tuntutan itu nanti tidak akan dilayan.

Beliau berkata, jawantakuasa Bersih telah memmpunyai rancangan seterusnya namun beliau akan menunggu masa yang sesuai untuk mengumumkan perkara itu. an tapi beliau tidak ingin menyatakan lagi.

Namun beliau optimis jumlah penyokong yang besarkan akan turun memberi sokongan seperti yang dirancangan.

"9 Julai nanti apa yang akan anda lihat adalah sekurang-kurangnya 150 ribu masayarakat Malaysia memakai baju putih," ujarnya lagi.

Sementara itu Haris ditanya jika masyarakat antarabangsa akan turut mengambil bahagian di seluruh dunia pada hari yang sama.

Katanya, sehingga kini program itu dijangkakan akan mendapat liputan meluas seluruh dunia disertai rakyat antarabangsa di empat buah negeri di Amerika Sayrikat, Pnom Phenh, Taiwan, Seoul, London, Singapura dan tiga negeri di Ausralia.

Jelas beliau sekiranya rakyat memikirkan masa hadapan demokrasi negara maka hasrat untuk turut serta harus diperkuatkan.

Terdapat juga soalan di mana segelintir ahli Umno-BN berhasrat untuk menyertai perhimpunan itu nanti, namun kumpulan ini khuatir sekiranya mereka dilabel sebagai mengkhianati parti.

"Kalau parti politik lebih penting daripada bebas dan adil maka mereka akan terus menyembunyi dibelakang Umno walhal mereka kami semua melakukan perbersihan. Tidak mengapa kami akan tolong bersihkan untuk mereka," jelasnya lagi.

Haris menjangkakan perkhidmatan awam seperti bas dan Aliran Transit Ringan (LRT) akan dipantau oleh pihak berkuasa selain menutup beberapa stesen berhampiran kawasan perhimpunan. 

Oleh yang demikian katanya sebagai langkah persediaan awal, Haris menasihatkan penyokong-penyokong untuk menghampiri lokasi berkumpul samada melalui berjalan kaki atau basikal.

Malah beliau turut mencadangkan agar penyokong-penyokong bermalam di ibu negara untuk mengelakkan sebarang halang oleh pasukan polis dan Unit Simpanan Persekutuan (FRU).

"Kita jangan membenarkan mereka mematahkan semangat kita. Kita perlu ada kesungguhan untuk melihat hasil perkara ini. Jadi fikirkan untuk mula berjalan dan hentikan hasrat untuk memandu ke pusat bandar.

"Jangan takut. Jangan benarkan orang yang patutnya berkhidmat untuk kita, membuli kita. Telah sampai masanya kita dibenarkan untuk menggunakan kuasa perlembagaan untuk menentukan. 

Siapa yang memerintah dan bagaimana mereka memintah kami yang tentukan sebab kita adalah ketua. Mari tunjukkan kepada mereka kita adalah ketua pada 9 Julai nanti," tegas beliau.
-tvsnews-

Tiada ulasan: