"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pembeli rumah terbengkalai lancar 'himpunan jingga'

Afiq Hizami, Pelatih UKM
KUALA LUMPUR, 28 Jun: 1000 keluarga mangsa projek rumah terbengkalai di seluruh Kuala Lumpur dan Selangor akan memakai baju jingga esok Rabu jam 2.30 petang bagi menzahirkan kemarahan terhadap pihak yang bertanggungjawab.

Perhimpunan amam itu akan didadakan di Bukit Damansara untuk menyerahkan satu memorandum kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bagi menggesa kerajaan mengambil tindakan terhadap seorang tan sri yang menjadi Pengarah Bukan Eksekutif Talam Corporation.

Difahamkan mangsa projek rumah terbengkalai ini mendakwa beribu-ribu keluarga di Selangor dan Kuala Lumpur mengalami kesengsaraan dan beban ekonomi yang teruk disebabkan kegagalan syarikat-syarikat yang berkaitan dengan Tan Sri ini dalam menyiapkan rumah mereka yang kini tertunggak lebih daripada enam tahun.

Menurut Jaafar Ismail Pengerusi Badan Bertindak Casa Gemilang (BBCG), pihaknya telah bergabung dengan Victims (Persatuan Bangunan Terbengkalai Malaysia) sebagai gabungan kesemua mangsa projek terbengkalai di Malaysia, khususnya di negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

"Perhimpunan besar-besaran sebanyak 1000 keluarga ini untuk menunjukkan kemarahan kita kepada manusia ini serta kami menuntut kerajaan campur tangan dan mendakwa orang ini dan mengambil langkah-langkah yang perlu untuk melindungi kepentingan kami sebagaimana yang ditetapkan di bawah Akta Pembangunan Perumahan.

"Perhimpunan ini adalah permulaan siri perhimpunan yang kami berhasrat untuk meneruskan sehingga kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap orang ini.

"Kita tidak boleh memahami mengapa lelaki ini menikmati keistimewaan dan kekebalan kepada kerajaan.

"Kami mahu kerajaan membatalkan semua gelaran Kehormat yang telah diberikan oleh kerajaan," katanya kepada Harakahdaily.

Victims adalah sebuah badan bukan kerajaan yang dipimpin oleh Dr. Muhammad Rafick yang juga Pengerusi rumah terbengkalai UK Bistari yang pada ketika ini, hampir 500 ahli berjaya didaftarkan dibawah Victims.

Sementara itu, BBCG yang mewakili pembeli-pembeli projek terbengkalai Casa Gemilang Servis Apartment dan Rumah Bandar di Sungai Pusu, Gombak.

Tiada ulasan: