"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pelekat palsu Bersih usaha sabotaj himpunan 9 Julai


Sidiqin Omar
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pakatan Rakyat  mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pihak tertentu yang mencetak dan mengedarkan pelekat palsu dengan tujuan mensabotaj Perhimpunan Bersih 9 Julai ini.
Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub hari ini mendedahkan sebuah kilang di Johor Bahru yang mencetak pelekat palsu menggunakan logo Bersih tertera perkataan ‘Bersama Kita Tumbangkan Kerajaan Sekarang, BuktIkan Kita Mampu Seperti Libya’
“Semakan telah dibuat dan cetakan ini bukan daripada Bersih. Ini adalah usaha untuk menimbulkan suasana tegang.
“Kita telah dimaklumkan bahawa pelekat ini dicetak dengan banyak untuk diedar kepada orang ramai,” kata Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian.
Kenytaaan itu susulan dakwaan Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin  hari ini bahawa pelekat berkenaan diletakkan pada puluhan kereta di Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
Sementara itu, Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli menjelaskan, tindakan terancang itu merupakan usaha ‘reverse psychology’ bertujuan menimbulkan kemarahan kepada Pakatan Rakyat.
“Sekarang ini merupakan kemuncak kemarahan rakyat Malaysia kepada Barisan Nasional. Percubaan ini bertujuan untuk mengalihkan kemarahan mereka kepada Pakatan Rakyat.
“Perkara yang dinyatakan itu tidak termasuk dalam tuntutan kita. Sedangkan kita sendiri menolak sebarang usaha tidak demokratik untuk menukar kerajaan seperti di timur tengah,” jelas Dr Hatta.
Sementara itu, Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, Pakatan Rakyat adalah persepakatan yang ‘gentleman’, tidak akan menggunakan taktik kotor untuk meraih sokongan.
“Apa yang dinyatakan adalah tuntutan pilihan raya yang bersih, adil dan jika pertukaran kerajaan dibuat ialah melalui peti undi.
“Kami bukannya seperti Barisan Nasional yang tak mampu menukar kerajaan secara demokratik seperti yang berlaku di Perak. Tindakan ini akan menyebabkan rakyat semakin benci dan marah kepada Barisan Nasional,” kata Mahfuz.
Beliau menyeru kepada mereka yang menyertai himpunan 9 Julai, termasuk kepada kumpulan Perkasa dan pemuda Umno untuk tidak menimbulkan kekacauan dan huru-hara.
“Kita tak minta pun Barisan Nasional tumbang 9 Julai ini. Apa yang kita tuntut ialah pilihanr aya yang bersih dan adil,” tegasnya.

Tiada ulasan: