"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Imam Masjid Ampangan Seremban di PECAT?

amkns
Imam Masjid Jamek Ampangan, Seremban di PECAT? Itulah yang hangat diperkatakan kini, dan sekarang SMS sedang berlegar di sekitar Negeri Sembilan berbunyi : “Bantahan Pemecatan Imam 1 Masjid Jamek Ampangan. Solat Hajat 30/6 selepas Solat Isya di Masjid Ampangan, Himpunan Bantahan Jamaah Masjid Ampangan selepas Solat Jumaat 1/7 depan Masjid Ampangan. Mengumpul tandatangan bantahan. Mengumpul dana untuk Tindakan Injunksi Mahkamah Tinggi Seremban”.

Adakah Imam tersebut pendakwah, ulamak dan pakar motivasi terkenal di Negeri Sembilan iaitu Ustaz Norazman Mohamad?

Jika benar, ia satu kesilapan yang amat besar oleh sesiapa yang terlibat dalam usaha memecat beliau secara langsung atau tidak langsung.

Tiada ulasan: