"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Wang Zakat: PR Mahu Parlimen Bertindak Terhadap Mashitah


KUALA LUMPUR 30 JUN : Pakatan Rakyat mahu Parlimen menyiasat Timbalan Menteri di JPM Datuk Dr Mashitah Ibrahim kerana didakwa memberi kenyataan mengelirukan bersabit isu penggunaan wang zakat secara haram oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar berkata Mashitah harus dihadapkan ke Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Parlimen kerana memberi kenyataan bercanggah di Parlimen mengenai isu wang zakat itu.

Mashitah mendakwa wang zakat diguna untuk membayar yuran guaman bagi kes membabitkan pertuduhan Qazaf yang dibawa oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  

Bagaimanapun Menteri di Jabatan Perdana Menteri Jamil Khir Baharom dipetik menafikan jawapan Mashitah itu dan sebaliknya mendakwa yuran guaman itu dibiayai dengan dana MAIWP sendiri.

"Saya menyampaikan usul dibawah Standing Order 36(12) yang menyatakan mana-mana Ahli Parlimen yang membuat kenyataan mengelirukan ahli Dewan boleh dihadapkan ke Jawatankuasa itu," kata Izzah ketika menyampaikan usulnya terhadap Mashitah di Dewan Rakyat hari ini.

Bagaimanapun, Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengarahkan Izzah untuk menghantar usulnya secara bertulis kerana beliau tidak boleh membuatkan keputusan tanpa menyemak fakta yang diberikan.

Dalam jawapannya pada 21 Jun lepas, Mashita menyatakan "Untuk makluman yang berhormat, peruntukan bagi pembayaran yuran guaman di Unit Undang-undang adalah menggunakan wang zakat. Akan tetapi, ianya adalah disebabkan sebelum ini pihak MAWIP tidak mempunyai sebarang perolehan.

Dalam laporan Utusan Malaysia Jumaat lalu, Jamil menafikan wang zakat digunakan sebegitu,  sebaliknya mendakwa kos guaman itu dibayai daripada sumber dalaman  MAIWP menerusi peruntukan dari kerajaan pada setiap tahun.

Ahli Parlimen Machang Saifuddin Nasution pada 21 Jun lalu meminta Mashitah mengesahkan dakwaan bahawa MAIWP meluluskan penggunaan RM 31, 150 wang zakat  untuk kegunaan dalam kes yang dibawa oleh Anwar terhadap MAIWP melibatkan pertuduhan fitnah liwat oleh Saiful Bukhari Azlan.

Meskipun Saiful membuat tuduhan itu, namun pihak berkuasa Islam enggan memerinchi tuduhan itu mengikut hukum Qazaf. 
-tvsnews-

Tiada ulasan: