"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

BERSIH 2.0 :Polis Mesti Ikut Perlembagaan, Jangan Ikut Umno !


MOHD AKMAL KAMARUDIN
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjIulqCyJtIVQ9mmV6EMBV4HkgEB2x4KNnJrgQ_MqnX3cuogEwjVwUmcl9eCUuUkPuW4G6fqvGE2N6f_fEA9lJkDkGjLx2Pnz3oZtMLUGyGpRNK4TJ42tNANy9J6dMsQxuMn_1Eth_HqHZ2/s1600/Kartun+Harakah+jangan+lupa+bersih.jpgDewan Pemuda PAS Negeri Perak tetap akan menggerakkan 30,000 anak muda Negeri Perak ke himpunan Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH) pada 9 Julai ini dan tidak gentar dengan lakonan Umno yang membuat laporan polis berkali-kali dan menubuhkan Badan Bukan Kerajaan hanya dengan tujuan untuk membuat laporan polis yang menyebabkan Polis boleh bertindak dari sekarang hanya kerana laporan polis banyak.

Bagi kami, sepatutnya Polis menyiasat dan mengambil tindakan tegas pada penyelewengan pilihanraya yang menjadi amalan Umno untuk mengekalkan kuasa sehingga sekarang. Kami juga melihat kegagalan pihak Polis untuk mengambil tindakan tegas kepada Badan Bukan Kerajaan ‘Badan Bertindak Pilihanraya Kotor, (KOTOR) yang diketuai Pergerakan Pemuda Umno Malaysia dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara, yang mana perjuangan mereka itu amat bercanggah dengan kebebasan hak asasi manusia.

Kami juga mengingatkan anak muda di Perak supaya tidak gentar dengan pelbagai ugutan kerana setiap yang menuntut keadilan pasti akan diugut sebagaimana yang di gambarkan dalam Surah Yasin ayat 18.

Penduduk bandar itu berkata pula: "Sesungguhnya Kami merasa nahas dan malang Dengan sebab kamu. Demi sesungguhnya, kalau kamu tidak berhenti (dari menjalankan tugas Yang kamu katakan itu), tentulah Kami akan merejam kamu dan sudah tentu kamu akan merasai dari pihak Kami azab seksa Yang tidak terperi sakitnya"

Setelah mereka mengugut dan mereka kotakan ugutan mereka dengan membunuh pembawa kebenaran tersebut dan akhirnya Allah hancurkan dengan sehina-hinanya mereka yang membunuh pejuang kebenaran sebagaimana yang digambarkan dalam Surah Yasin.

Hati-hati lah orang yang suka mengugut pejuang kebenaran

Kami tegaskan bahawa Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan, ia adalah hak yang asas yang dijamin oleh undang-undang tertinggi di negara ini. Secara teorinya apabila sesuatu hak itu dijamin dan dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan kita boleh katakan hak tersebut adalah satu hak yang amat penting. Tidak sepertimana di Negara England di mana Parlimen adalah kuasa yang tertinggi di negara tersebut, di negara ini Perlembagaan Persekutuan diisytiharkan sebagai undang-undang tertinggi di negara ini (lihat Perkara 4 Perlembagaan Persekutuan).

Secara praktisnya, pencerobohan terhadap perlembagaan sentiasa berlaku, Umno mengajar Polis supaya meletakkan kuasanya lebih besar di dalam isu perhimpunan. Ketinggian kuasa Polis (police supremacy) hakikatnya menggantikan ketinggian Perlembagaan Persekutuan (constitutional supremacy).

MOHD AKMAL KAMARUDIN
Ketua Penerangan,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

Tiada ulasan: