"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Habislah tanah kita di Singapura

Subky Latif
TENGAH malam hari akhir bulan Jun  berakhirnya hak tanah KTM di Tanjung Paghttp://www.streetdirectory.com/stock_images/travel/simg_show/11048348070771/1/tanjong_pagar_railway_station_ktm_singapore_trains_at_keppel_road/ar, dan mulai saat pertama bulan Julai hak atas tanah kepunyaan kerajaan Malaysia dari Woodlands hingga ke Tanjung Pagar terserah secara langsung kepada Singapura.
Keretapi Tanah Melayu tidak lagi membelah Singapura hingga ke Tanjung Pagar, sebaliknya berakhir perjalannya di Woodlands saja.

Hak Malaysia atas tanah itu habis. Apa yang Malaysia akan dapat ialah tanah itu menjadi modal bagi membangunkan tanah itu bersama pihak Singapura.

Ertinya bagi menggantikan hasil yang diperolehi oleh KTM daripada perkhidmatannya di republik itu, Malaysia akan berkongsi keuntungan hasil yang dibangunkan bersama antara Malaysia dan Singapura.

Apa pun habislah hak Malaysia atas tanah yang terakhir itu.

Sekali pun Sultan Hussein Shah menjual pulau Singapura kepada Sir Stanford Raffles tahun 1819, Johor hilang hak atas keseluruhan pulau itu tetapi antara tanahnya masih milik Johor atau Malaysia.

Keseluruhan wilayah Singapura itu menjadi milik kedaulatan Malaysia apabila Malaysia dibentuk pada 16 September, 1963.

Tahun 1965 Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman Putra tidak pula menjual kembali Singapura kepada pentadbiran Lee Kuan Yew, tetapi menyerahkan kemerdekaan dan kedaulatan pulau itu kepada Republik Singapura.

Sekalipun Malaysia dan Singapura tidak menyelesaikan hak siapa atas Pulau Batu Putih, tetapi hak Malaysia atas tanah KTM sepanjang laluan keretapi itu hingga ke Tanjung Pagar terpelihara.

Mari Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak tanah itu dijual pula kepada Singapura. Singapula mengambil masa hampir 200 tahun untuk menghabiskan langsung hak milik tanah Malaysia di republik itu.

Walaupun British menjadi tuan punya Singapura sejak ia dijual oleh Sultan Hussein Shah dan British juga menjajah Tanah Melayu tetapi ia tidak mengambil hak milik atas semua tanah. Ada juga hak milik yang diperuntukkan kepada kedaulatan Tanah Melayu.

Mari Najib menjadi Perdana Menteri habis semuanya dijual dan pada masa Najiblah baru Singapura dapat semua hak milik atas bumi kedaulatannya.

Adalah dipercayai Singapura cuba mendapatkan tanah itu sejak mula ia merdeka. Tunku mempertahankannya dan demikian juga Tun Razak serta Tun Hussein Onn.

Lobi dan tekanan dipercayai dibuat ke atas Dr Mahathir Mohamad. Tidak pasti apakah Dr Mahathir tidak pernah memikirkannya? Tun Abdullah Ahmad Badawi dikatakan Perdana Menteri yang paling lemah. Hak atas pulau Batu Putih tidak dapat dipertahankan dan kuasa membina jambatan bengok tidak diteruskan kerana dikatakan pihak Singapura tidak setuju sepenuhnya atas projek itu.

Dr Mahathir memandangnya perdana menteri itu kalah kepada Singapura. Tetapi Tun Abdullah tidak sempat menjual tanah KTM itu. Sejarah membuktikan ia dijual Najib.

Rakyat Malaysia tidak banyak tahu apakah Singapura ada membayar apa-apa atas perpindahan hak milik tanah itu. Yang diketahui ialah Malaysia dan Singapura akan berkongsi membina persyarikatan membangunkan tanah itu.

Kalau modal Malaysia dalam perkongsian itu adalah daripada tanah itu, maka ini bererti perbelanjaan lainnya adalah ditanggung oleh Singapura.

Kalau perkongsian membangunkan perumahan tanah milik persendirian di negara kita dengan pemaju yang mengeluarkan semua modal, maka pembahagian rumahnya adalah dua setengah atau tiga untuk tuan tanah dan tujuh untuk pemaju.

Kalau perkongsian membangunkan tanah KTM itu dibuat mengikut perkongsian memajukan perumahan di Malaysia, maka hak tiga buah rumah itu yang Malaysia akan dapat. Di mana-mana pun pengeluar modallah yang mendapat panggu lebih.

Apa yang Malaysia akan dapat daripada perjanjian menamatkan hak milik atas tanah KTM itu?

Rakyat tidak banyak tahu atas beban yang ditanggung oleh KTM atas perkhidmatannya pada ketika penumpang banyak pilihan selain daripada kereta api. Cerita sebelum KTM diswastakan dulu, ia sentiasa menanggung rugi. Bahkan MAS sentiasa penuh pun pernah menanggung kerugian.

Kalau kereta api antara Taiping ke Port Weld (Kampung Sepetang) dan antara Ipoh ke Teluk Intan terpaksa ditutup kerana tidak ekonomik, maka apakah beban yang sama dihadapi hingga perkhidmatannya ke Tanjung Pagar terpaksa dihadkan setakat Woodlands saja?

Apa pun KTM ke Singapura itu lebih dilihat dari sudut imej dan sejarah yang sentimentalnya adalah jauh lebih tinggi daripada nilai keuntungan ekonomi.

Dalam kontek hubungan dua hala perkhidmatan rel itu dilihat sebagai rel persahabatan antara kedua negara. Ia menjadi jambatan diplomatik bagi menghubungkan persaudaraan antara penduduk dan kerajaan. Ada seninya yang tersendiri jika pihak pelancongan dapat memberi nilai tambah baik dalam perkhidmatannya.

Cara mana perkhidmatan yang tambah baik dapat dilakukan supaya lebih ramai orang sehingga dari Melaka dan Negeri Sembilan suka ke Singapura dan suka menggunakan perkidmatan kereta api? Dan cara mana pula orang Singapura yang sentiasa terkurung di persekitaran republik itu dapat melepaskan hawa terkongkongnya menggunakan kemudahan kereta api itu ke Semenanjung?

Jika dengan kemudahan perkhidmatan lajunya dapat menyingkat waktu perjalanan antara Kuala Lumpur dan Singapura serta dengan kekerapannya, menggalakkan orang dari kedua negara memajukan muamalat masing-masing, bukan saja ia akan menjadi perkhidmatan itu ekonomi malah ia mengukuhkan persaudaraan kedua-dua negara.

Apa lagi kalau perkhidmatan rel itu dapat menambah laluan, meneroka destinasi baru merentas Pahang, Terengganu dan Kelantan, malam dalam kerjasama serantau Asean rel dapat mendekat hubungan dari Thailand, Vietnam dan lain dengan Singapura. Apabila udara demokrasi Myanmar lebih terbuka dan rakyatnya dapat menikmati pendapatan tinggi, rel yang sistematik akan jadi lebih berguna. Maka dengan itu stesen kereta api Tanjung Pagar dan Bukit Timah akan lebib bermakna.

Kemajuan Singapura sememangnya menarik minat luar datang dan pergi. Jika Malaysia dapat bersabar, bertahandan menambah baik perkhidmatannya, ia amat berguna bukan saja bagi Malaysia, bahkan bagi orang luar datang ke Asean.

Dan kiranya tanah yang berharga itu hendak dibangunkan dengan yang lain daripada perkhidmatan kereta api, bagaimana kalau ia dibangunkan sendiri oleh pihak Malaysia? Jika dimajukan sendiri, keuntungannya tidak dikongsi denan orang lain.

Singapura tentunya tidak menghalang usaha membangun sendiri mengikut peraturan yang ada di Singapura, kerana ia banyak kepentingan dan kebergantungan dengan Malaysia. Pelabur Singapura amat berminat dengan semua pembangunan koridor di Malaysia, maka ia wajar berdiplomasi mengekal dan memberi kemudahan tanah KTM itu.

Mungkin Singapura merasa terganggu oleh tanah negara asing di wilayahnya tetapi ia juga ada tanah pangkalan air yang menyalurkan air ke negaranya. Tanah itu adalah kawasan larangan yang Malaysia tidak wajar ganggu. Kiranya ia ada kawasan kedaulatannya di Malaysia, maka mengapa tanah KTM itu tidak dijadi kawasan kedaulatan kita di Singapura.

Kerana Singapura mememerlu semua itu, maka ia wajar menyulitkan Malaysia memiliki sebidng tanah dan memberi kebebasan bagaimana ia hendak digunakan.

Mungkin era Lee Kuan Yew banyak memberi pengalaman pahit, tetapi Lee pun tua juga akhirnya. Singapura akan diwarisi oleh orang baru yang bersemangat baru, maka mengapa gopoh menjualkan harta sendiri?

Tiada ulasan: