"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

BERSIH: Perhimpunan yang tak berfaedah - Harussani

NONEMufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria menyifatkan Datuk S Ambiga dilihat cuba menjadi 'superhero' dengan tindakannya mengetuai penganjuran perhimpunan haram pada 9 Julai ini.
Beliau berkata dengan mengetuai perhimpunan yang tidak mendapat permit daripada pihak berkuasa itu, penganjur mahu mencari publisiti dengan menjatuhkan imej negara pada kaca mata dunia sekaligus akan mendapat publisiti.

"Tindakan itu juga seolah-olah dia (Ambiga) mahu menjatuhkan imej kerajaan di luar negara dengan mengadakan perhimpunan yang tidak mendatangkan faedah," katanya ketika dihubungi Bernama di Ipoh hari ini.

Beliau turut mencadangkan supaya pengamal undang-undang yang bertindak seperti Ambiga dibatalkan lesen guaman mereka.

Beliau berkata sebelum ini bekas presiden Majlis Peguam itu pernah mempersoalkan peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan berhubung hak dan keistimewaan orang Melayu.

Harussani berkata malangnya ada kalangan masyarakat yang sudah lupa serta mempunyai perasaan hasad dengki antara satu sama lain.

"Rentetan itu, mereka bertindak menyokong perhimpunan haram yang bakal dianjurkan pada 9 Julai ini bagi menunjukkan tanda protes," katanya.

Beliau menasihatkan supaya rakyat tidak terpengaruh dengan perhimpunan haram terbabit serta mengelakkan diri daripada menyertainya.
-Bernama-

3 ulasan:

puspawangi berkata...

Maklumlah kalau di ikutkan tuntutan ini, tiada orang yang akan dapat projek, tiada orang akan dapat kain pelikat/kain batik, beras seguni tahun sekali, tiada jalan akan berturap, tiada jambatan segera, tiada traffic light segera, tiada orang kaya segera...memang tak berfaedah lansung!!!

Mohamadazhan.com berkata...

PM sendiri jatuhkan maruah negara dengan isu Altantuya...satu dunia tahu...tak perlu tunggu BERSIH...

mahani61 berkata...

sy sokong kata2 mufti...moga suma umat Islam akn bersatu n moga Allah memberkati Malaysia n umat Islam sumanya..amin..