"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Polis tahan Dr Jeya & 5 ahli PSM guna Ordinan Darurat


Masdar Wahid
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr D Jeyakumar dan lima ahli Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang dibebaskan pada 2 Julai lalu ditangkap semula mengikut Ordinans Darurat (EO).
PSM dalam kenyataan media menyatakan, turut sama ialah Timbalan Pengerusi PSM, M Saraswathy, Ahli Jawatankuasa (AJK) pusat Choo Chon Kai dan M Sukumaran, Setiausaha Bahagian Sungai Siput, A Letchumanan serta pemimpin pemudanya, Sarat Babu.
Menurut tweet PSM sebelum ini, mereka dibawa ke Bukit Aman di Kuala Lumpur.
Sementara itu, Bendahari PSM, Sivarajan pada sidang media di luar mahkamah Butterworth berkata, kumpulan itu dibebaskan dari Ibu Pejabat Daerah (IPD) polis Kepala Batas, Pulau Pinang pada 2 petang pada 2 Julai lalu.
Namun, kata Siva, polis Bukit Aman yang bersedia menunggu di luar balai menangkap semula ke semua anggota parti itu.
Ordinans Darurat hampir sama dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang membenarkan polis menahan seseorang suspek sehingga 60 hari.
Enam individu itu ialah sebahagian daripada 30 orang yang ditangkap di plaza tol Sungai Dua pada 25 Julai lalu ketika menaiki bas ke Pulau Pinang.
Mereka disiasat di bawah Seksyen 122 Kanun Keseksaan atas tuduhan melancarkan peperangan ke atas Yang di-Pertuan Agong (YDPA).
Pada 30 Jun lalu, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang memutuskan keenam-enam mereka dikenakan tahanan reman sehingga 2 Julai lalu.
Kebanyakan aktivis hak asasi manusia menganggap Ordinans Darurat lebih kejam daripada ISA.
Ini kerana ISA, tidak memerlukan perintah reman daripada mahkamah untuk tangkapan seumpama itu.
Lazimnya, sejak beberapa tahun lalu, EO digunakan polis bagi mengehadkan pergerakan mana-mana individu atau kumpulan yang disyaki sebagai samseng dan terbabit dengan aktiviti haram dan kongsi gelap.

Tiada ulasan: